|
|
Pada 7 Oktober 2010, ASENI dan Briged Seni Negeri Terengganu telah bergabung bagi mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya. Majlis tersebut diadakan bertempat di Kompleks Sukan Negeri Terengganu dan ia merupakan kali pertama disambut di lokasi baru pejabat ASENI. Para jemputan yang hadir melebihi jangkaan iaitu seramai 300 orang lebih. Majlis ini turut ini turut dihadiri pegawai- pegawai tertinggi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu seperti Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Y. Bhg. Dato' Wan Ahamad Bin Wan Muda, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Y.Bhg. Dato Haji Mat Razali Bin Kasim dan ramai lagi. Pelbagai juadah disediakan seperti ketupat, rendang daging dan ayam, sate, kuah kacang nasi himpit, nasi minyak, pelbagai pencuci mulut, minuman panas dan sejuk. Turut diperkenalkan minuman rasmi kerajaan Negeri Terengganu iaitu air Rosselle. Kehadiran jemputan diserikan pelbagai persembahan kesenian seperti nyanyian, tarian dan juga muzik gamelan. Para jemputan turut dihiburkan dengan seorang penyanyi iaitu Wan Salmah Wan Sulaiman. Pengarah ASENI tidak terkecuali dalam membuat persembahan.
|
|
Hit: 3356 | Kembali >> |
"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya" |
Tarikh terakhir kemaskini: 18-09-2013