|
|
“ Amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran islam”. Manakala Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke 71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan : “ Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsure-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam.” Perayaan Hari Kekasih atau Valentine's Day mula membudayai kalangan masyarakat kita khususnya dikalangan muda-mudi, sekitar akhir tahun 1980-an beriringan dengan munculnya siaran-siaran televisyen yang banyak mengupas dan menayangkan iklan ataupun filem-filem yang bertemakan perayaan tersebut. Perayaan Hari Kekasih semakin dikenali oleh generasi muda kesan dari budaya asing yang masuk melalui berbagai saluran media sama ada media cetak mahupun elektronik. Perayaan ini dikenali oleh mereka sebagai perayaan hari berkasih sayang, yang menurut mereka adalah saat yang paling tepat untuk mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada mereka yang dikasihi. Perayaan ini biasanya diraikan di kafe-kafe, hotel-hotel atau tempat-tempat yang romantik, yang mana mana setiap pasangan memberikan hadiah berupa bungkusan coklat atau yang bunga yang bertuliskan perkataan ‘I wish u will be my valentine’ kepada orang yang dikasihi. Setelah itu diadakan pesta-pesta yang diisi dengan hiburan seumpana nyanyian, tarian dan sebagainya. Ini tidak menghairankan kerana budaya ini sememangnya diimport dari budaya barat yang bersifat serba boleh dan hedonisme (menurut hawa nafsu). Kebelakangan ini, pesta perayaan Hari Kekasih dirayakan dengan pelbagai sambutan yang tidak bermoral seperti yang dilaporkan oleh media Perkara ini pernah dikomen oleh Ku Seman Ku Hussain dalam akhbar Utusan Antara contoh-contoh sambutan yang diadakan melalui program TV yang ditanyangkan atas nama ‘Valentine’s Special’. Di samping itu, didapati mereka sibuk memilih kad-kad ucapa Hari Kekasih, menempah cenderahati, jambangan bunga dan tempahan untuk makan malam bagi merayakan hari tersebut bersama pasangan masing-masing. Pihak hotel pula menawarkan pakej-pakej istimewa seumpama ‘Makan Malam Hari Kekasih atau Hidangan Makan Malam Romantik’ dan sebagainya yang mempunyai tujuan untuk menyambut Hari Kekasih. Bagi merungkaikan isu ini, kita perlu mendalami dan memahami apakah maksud di sebalik Valentine itu sendiri serta asal usul ia menjadi sebuah perayaan? Dari sudut bahasa, Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada Bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud kuat, aktif, sihat dan seumpamanya (laman web Behind The Name : The Etemology and History of First Name). Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Raja Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang telah berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan tersebut dengan dinamakan hari Valentine. Terapat tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine. Pertama, Hari Valentine bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang dipilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung. Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan itu, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari dalam tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai symbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine sebagai upacara keagamaan. Manakala pendapat ketiga mengatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine merupakan perayaan keagamaan yang disambut oleh umat Kristian. Malah sekiranya kita merujuk kepada kenyataan-kenyataan pihak Kristian pada hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai ritual di dalam agama Kristian. Di dalam laman web Spiritrestoran.org:The Premier, Termaktub di dalam lama web Catholic Encyclopedia pengiktirafan bahawa walau dalam apa jua versi berkenaan St. Valentine, kesemua mereka adalah dianggap sebagai syahid. Petikan menyebut : At least three different Saint Valentines, all of them martyrs, are mentioned in the early martyrologies under date 14 Februari. Bermaksud : sekurang-kurangnya terdapat tiga orang St. Valentine yang berbeza, kesemua mereka merupakan syahid, ianya disebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Februari. Manakala Britain Broadcasting Company (BBC) News Online Network melaporkan pada hari Ahad, 14 Februari 1999 bahawa terdapat dakwaan daripada biarawan di gereja St. John Duns Scotus di Glasgow, Scotland bahawa wujudnya tulang Valentine yang syahid, ianya merupakan servis istimewa hari Valentine pada hujung minggu serta diletakkan di ruang pameran sebagai pameran umum dengan termaktub di atas kerandanya tulisan ‘Corpus St. Valentine Martyris’. Dikatakan semenjak berabad lamanya, dan enam tahun lepas mereka baru sahaja meletakkannya di dalam keranda kayu di dalam kotak kadbod di atas almari berhampiran rumah gereja. Dalam pada itu, Berdasarkan fakta-fakta di atas, jelas sekali bahawa Hari Valentine merupakan salah sebuah perayaan yang menjadi amalan ritual di dalam agama Kristian. Ini sekaligus bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya meniru identity atau cara hidup agama lain lebih-lebih lagi lagi dalam soal yang melibatkan akidah Islam. Islam sangat prihatin dan sangat menginginkan supaya umatnya mempunyai identity yang tersendiri dan berbeza dengan umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : “Katakanlah (Wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat dan secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu dan bagi aku agamaku.” (al-Kafirun ayat 1-6) Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya yang dikhuatiri bercanggah dengan identity dan syariah Islam. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan islam. Ini berdasarkan sebuah hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : “Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari amalan kami maka ia akan ditolak” Riwayat al-Bukhari dan Muslim Dalam hal ini Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa “ Amalam menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran islam”. Manakala Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke 71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan : “ Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsure-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam.” Sumber daripada buku : Elak Sambut Valentine’s Day keluaran Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu
JAWAPAN: Menyambut Valentine Day (Hari Kekasih) hukumnya haram. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, “Dan janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat.’’ (al-Isra: 32) Mafhumnya, Allah s.w.t. tidak mengharamkan zina semata-mata malahan apa-apa yang boleh membawa kepada zina juga hukumnya haram. Apa yang jelas dalam sambutan Valentine Day ialah pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan. Justeru, bagi menzahirkan rasa cinta, pelbagai aktiviti dilakukan yang jelas haram dan bertentangan dengan Islam. Apa yang pasti ialah pasangan kekasih akan mengadakan pertemuan demi melahirkan perasaan cinta. Pada waktu itu yang ketiga ialah syaitan yang menghasut mereka supaya melakukan perkara-perkara terkutuk. Nabi telah menegah kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dengan sabdanya yang bermaksud, “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.’’ Islam mengharamkan sambutan seperti itu bagi menghalang berlakunya perkara yang lebih buruk. Islam menghalang demi membatasi perhubungan lelaki dan perempuan supaya masing-masing dapat memelihara kehormatan diri. Menyambut Valentine Day adalah bertentangan dengan syiar dan norma-norma budaya masyarakat Islam Melayu. Malah budaya itu diimport dari Eropah yang menghalalkan perhubungan lelaki dan perempuan atas dasar suka sama suka. Perlu difahami bahawa Islam bukan satu agama yang rigid atau ekstrem tetapi Islam bermatlamat membawa kesejahteraan demi memelihara nama baik umat Islam supaya menjadi umat contoh. |
|
Hit: 3650 | Kembali >> |
"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya" |
Tarikh terakhir kemaskini: 18-09-2013