|
|
Terdapat laman-laman web yang dibangunkan bertujuan untuk mencuri maklumat peribadi dan rahsia anda. Laman-laman web tersebut menyerupai laman web perbankan internet yang asli. Laman web ini dipanggil laman web Phishing. Laman web Phishing mengaburi pengguna dalam cubaannya bagi mendapatkan maklumat akaun bank, kata laluan dan lain-lain maklumat peribadi. Mangsa biasanya didorong untuk melayari laman web phishing setelah menerima e-mel atau sms yang mengarahkan penerima untuk menyelesaikan masalah berkaitan akaun mereka. Bagi mereka yang kurang mengetahui, arahan tersebut seakan asli dan khuatir akaun mereka digantung, mereka akan menuruti apa yang diarahkan termasuk memberikan kata laluan bagi akaun perbankan internet mereka. Pihak ketiga yang membangunkan laman web phishing tersebut akan menggunakan maklumat yang diperolehi daripada mangsa-mangsanya untuk memindahkan wang dari akaun mangsa tanpa pengetahuan mereka. |
|
Hit: 2807 | Kembali >> |
"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya" |
Tarikh terakhir kemaskini: 18-09-2013