Carian :
Suhu Kini 28°C
| 03 Mei 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« Mei 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
   12
3
4
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > Berita

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA ASENI DAN BRIGED SENI 2010


Pada 7 Oktober 2010, ASENI dan Briged Seni Negeri Terengganu telah bergabung bagi mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya. Majlis tersebut diadakan bertempat di Kompleks Sukan Negeri Terengganu dan ia merupakan kali pertama disambut di lokasi baru pejabat ASENI. Para jemputan yang hadir melebihi jangkaan iaitu seramai 300 orang lebih.

Majlis ini turut ini turut dihadiri pegawai- pegawai tertinggi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu seperti Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Y. Bhg. Dato' Wan Ahamad Bin Wan Muda, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Y.Bhg. Dato Haji Mat Razali Bin Kasim dan ramai lagi.

Pelbagai juadah disediakan seperti ketupat, rendang daging dan ayam, sate, kuah kacang nasi himpit, nasi minyak, pelbagai pencuci mulut, minuman panas dan sejuk. Turut diperkenalkan minuman rasmi kerajaan Negeri Terengganu iaitu air Rosselle.

Kehadiran jemputan diserikan pelbagai persembahan kesenian seperti nyanyian, tarian dan juga muzik gamelan. Para jemputan turut dihiburkan dengan seorang penyanyi iaitu Wan Salmah Wan Sulaiman. Pengarah ASENI tidak terkecuali dalam membuat persembahan.    

 


Hit: 3298 Kembali >>
 
Tiada rekod
 
 


 

Ingatlah!!!, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.


Bilangan Pelawat: 0000033377Bilangan Pelawat: 0000033377Bilangan Pelawat: 0000033377Bilangan Pelawat: 0000033377Bilangan Pelawat: 0000033377Bilangan Pelawat: 0000033377Bilangan Pelawat: 0000033377Bilangan Pelawat: 0000033377Bilangan Pelawat: 0000033377Bilangan Pelawat: 0000033377