Carian :
Suhu Kini 28°C
| 10 Mei 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« Mei 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
   1234
56789
10
11
12131415161718
19202122232425
262728293031 
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > UMUM

10 ADUN HADIR RAPTAI ANGKAT SUMPAH EXCO TERENGGANU
Kategori:UMUM
 

KUALA TERENGGANU 8 April – Sebanyak 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menghadiri majlis raptai upacara mengangkat sumpah jawatan Exco Kerajaan Negeri yang diadakan di Istana Maziah di sini hari ini sekali gus nama mereka disebut-sebut bakal menganggotai kerajaan negeri yang akan diumumkan esok.

Raptai yang bermula kira-kira pukul 3 petang itu dihadiri ADUN Kuala Besut, Dr. Abdul Rahman Mokthar, Ahmad Razif Abd. Rahman (Seberang Takir), Datuk Mohamed Awang Tera (Chukai) dan Za‘abar Mohd. Adib (Rantau Abang).

Turut hadir ialah Yahya Khatib Mohamad (Pengkalan Berangan), Datuk Abdul Rahin Mohd. Said (Teluk Pasu), Toh Chin Yaw (Bandar), Rozi Mamat (Telemong), Ashaari Idris (Langkap) dan Khazan Che Mat (Batu Rakit).

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said yang turut menghadiri majlis itu tiba di Istana Maziah kira-kira pukul 3.50 petang.

Ahmad yang ditemui selepas raptai itu bagaimanapun enggan mengulas mengenai senarai 10 anggota Exco dalam kerajaan negeri yang baru.

‘‘Kita jumpa esok kira-kira pukul 3 petang selepas selesai upacara penyerahan watikah pelantikan Exco. Saya akan umumkan anggota kerajaan negeri baru beserta portfolio yang akan mereka pegang.

‘‘Sekarang saya tak boleh kata apa-apa lagi, mungkin ada perubahan esok. Kita tidak tahu. Bukan Menteri Besar yang melantik Exco, saya hanya memberikan cadangan,” ujarnya.

Lampiran:Tiada rekod
 
Tiada rekod
 
 


 

Ingatlah!!!, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.


Bilangan Pelawat: 0000033626Bilangan Pelawat: 0000033626Bilangan Pelawat: 0000033626Bilangan Pelawat: 0000033626Bilangan Pelawat: 0000033626Bilangan Pelawat: 0000033626Bilangan Pelawat: 0000033626Bilangan Pelawat: 0000033626Bilangan Pelawat: 0000033626Bilangan Pelawat: 0000033626