Carian :
Suhu Kini 28°C
| 10 Mei 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« Mei 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
   1234
56789
10
11
12131415161718
19202122232425
262728293031 
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > Liputan Utama

PEREBUTAN PIALA MONSUN 2009 BERMULA
Kategori:Liputan Utama
 

Pembukaan Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun 2009 berlangsung penuh simbolik dengan paluan gendang dan persembahan seni mempertahankan diri dari pelbagai etnik kaum di negara ini mengiringi 12 pasukan yang berentap merebut piala berprestij dunia itu, dalam kejohanan di Pulau Duyong, Kuala Terengganu, bermula semalam hingga 6 Disember ini.


Perasmian kejohanan disempurnakan Tengku Sri Laksamana Raja, Tengku Sulaiman Ismail. Beliau diiringi Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Za’abar Mohd Adib.

Juragan utama yang berentap bagi kejohanan itu adalah Dato’ Peter Gilmour (Austarlia) dari YANMAR Racing; Mathieu Richard (Perancis) dari French Match Racing; Adam Miniprio (New Zealand) ETNZ/BlackMatch; Ian Williams (Jerman) dari Pindar dan Torvar Mirsky (Australia) dari Mirsky Racing.

Pelayar lain, Ben Ainslie (Jerman) dari Origin; Damien Lehl (Perancis) dari French; Sebastian Co (Perancis) dari ALL4 One; Magnus Holmberg (Sweden) dari Victoria Challenge; Francesco Bruni (Itali) dari pasukan Azzura dan Phil Robetson (New Zealand) dari pasukan New Zealand WAKA Racing.

Buat julung kalinya, Malaysia mempertaruhkan pasukan Taring Pelangi yang diketuai pelayar muda, Hazwan Hazim Dermawan bersama empat krew iaitu Mohd Rezaki Shuib, Syed Ahmad Syahmi Syed Ahmad Hilmi, Shahrizal Hashim dan Mohd Saifullah Mohd Esa.

Pertandingan bermula kira-kira jam 4 petang dan berakhir dua jam kemudian, menyaksikan semua pasukan berdepan dengan cabaran getir mengawal kapal layar masing-masing berikutan angin yang pada awalnya sederhana bertukar kencang dengan kelajuan 15 knot, selain berdepan arus yang kuat.

Persaingan pada hari pertama semalam menyaksikan enam pasukan yang diketuai Adam Minorpio, Torvar Mirsky, Dato’ Peter Gilmour, Ben Ainsten, Mathieu Richard dan Ian Williams mempamerkan kehebatan dengan masing-masing mengumpul tiga mata dan kini hanya memerlukan tiga kemenangan lagi untuk ke suku akhir petang ini.


Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun merupakan siri kesembilan pelayaran profesional utama dalam World Match Racing Tour (WMRT) yang dijalankan di serata dunia.

Sehingga kini sembilan negara terlibat adalah Perancis, Jerman, Korea, Portugal, Sweden, Switzerland, Denmark, Bermuda dan terakhir, Malaysia (Pulau Duyong, Kuala Terengganu) mengambil tempat penganjuran siri terakhir WMRT.


 

 

Lampiran:Papar Fail Lampiran(PDF)
 
Tiada rekod
 
 


 

Ingatlah!!!, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.


Bilangan Pelawat: 0000033686Bilangan Pelawat: 0000033686Bilangan Pelawat: 0000033686Bilangan Pelawat: 0000033686Bilangan Pelawat: 0000033686Bilangan Pelawat: 0000033686Bilangan Pelawat: 0000033686Bilangan Pelawat: 0000033686Bilangan Pelawat: 0000033686Bilangan Pelawat: 0000033686