Carian :
Suhu Kini 28°C
| 11 Mei 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« Mei 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
   1234
5678910
11
12131415161718
19202122232425
262728293031 
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > Negeri

ECER BUKA PELUANG 164,000 PEKERJAAN DI TERENGGANU
Kategori:Negeri
 

Sebanyak 164,000 peluang pekerjaan akan diwujudkan di negeri Terengganu melalui Program Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang bakal membuka peluang peniagaan pelbagai, memberi kemudahan prasarana yang lebih baik dan menjana peluang pendidikan lebih besar.

"Melalui ECER, Terengganu telah dikenal pasti sebagai gerbang pelancongan dan pusat kecemerlangan pendidikan yang mana kita memang mempunyai kekuatan di dalam bidang-bidang ini contohnya penjanaan generasi Ulul albab dan Taman Ilmu," kata Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh di majlis Pelancaran ECER oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi di Taman Awam Batu Buruk di sini hari ini (29 Oktober).

Menteri Besar berkata, bidang pertanian turut diberi penekanan dengan mewujudkan lembah pertanian agropolitan dan lembah ternakan kambing diperkasakan lagi dengan kelompok industri plastik di Kerteh dan Taman Industri Berat di Teluk Kalong.

Dato’ Seri Idris melahirkan rasa yakin ECER akan dapat membantu mempertingkatkan pendapatan isi rumah rakyat di negeri ini khasnya dan negeri-negeri lain amnya.

"Kita juga yakin Petronas sebagai agensi utama akan dapat melaksanakan tugasnya dengan berkesan dan jika dahulu Petronas menumpukan kepada pembinaan infrastruktur industri yang bakal melaksanakan tanggung jawab sosial korporatnya dengan lebih besar memajukan negeri-negeri melalui ECER," katanya.

Kata Dato’ Seri Idris, ECER adalah satu lambang kecaknaan kerajaan kepada kesejahteraan rakyat dan satu lagi gelombang pembangunan, ianya gelombang perubahan pemikiran, kecemerlangan kegemilangan dan gelombang keterbilangan.

"Dalam tempoh tiga tahun kita telah laksanakan amanah dan mandat rakyat yang diberi dan kita telah tunaikan lebih dari apa yang kita janji iaitu terbinanya Lebuh Raya Pantai Timur 2 dan tersergamnya lapangan terbang baru bertaraf antarabangsa,".

"Pembinaan stadium yang lebih besar, penganjuran sukan berkuda Endurance, Mosoon Cup, Universiti Darul Iman mempertingkat pembangunan modal insan dan Taman Tamadun Islam yang menggambarkan tamadun baru," katanya.

"Mari sama-sama kita mendokong hasrat murni ini semoga Allah subhanahuwataala memberikan kita semua kemudahan dan kekuatan untuk menjayakan Wilayah Ekonomi Pantai Timur," katanya.

Lampiran:Tiada rekod
 
Tiada rekod
 
 


 

"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya"


Bilangan Pelawat: 0000033730Bilangan Pelawat: 0000033730Bilangan Pelawat: 0000033730Bilangan Pelawat: 0000033730Bilangan Pelawat: 0000033730Bilangan Pelawat: 0000033730Bilangan Pelawat: 0000033730Bilangan Pelawat: 0000033730Bilangan Pelawat: 0000033730Bilangan Pelawat: 0000033730