Carian :
Suhu Kini 28°C
| 10 Mei 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« Mei 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
   1234
56789
10
11
12131415161718
19202122232425
262728293031 
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > Semasa

PENCULIK BUNUH PELAJAR PEREMPUAN, BAKAR MAYAT DAN TUNTUT WANG TEBUSAN DARIPADA KELUARGA
Kategori:Semasa
 

Penculik bunuh pelajar perempuan, bakar mayat dan tuntut wang tebusan daripada keluarga

 

JOHOR BAHARU: Sekumpulan remaja menculik pelajar perempuan berumur 16 tahun, membunuh mangsa dan membakar mayatnya di Kulai Jaya malam Jumaat lalu.

Penculik berkenaan kemudian menuntut wang tebusan RM33,000 daripada keluarga Lai Ying Xin bagi "membebaskan" pelajar itu.

Keluarga itu membayar tebusan itu - tidak sedar yang mayat mangsa yang sudah mulai reput telah dibuang di kawasan semak di Taman Putri.


Difahamkan mayat Lai dibakar bagi tujuan memusnahkan sebarang petunjuk yang mungkin dapat mengenal pasti pembunuhnya yang memang dikenali oleh keluarga mangsa.

Polis percaya pelajar itu dibunuh dalam tempoh 24 jam selepas dia diculik di depan sebuah pasar raya, tempat dia bekerja sambilan.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata bertindak atas maklumat, pasukan polis menahan seorang remaja berumur 16 tahun yang tidak lagi bersekolah dan dua lelaki dalam sebuah Perodua Kembara di Kulai pada 6.15 petang semalam.

Beliau berkata dua pertiga daripada wang tebusan itu dirampas daripada suspek.

Tun Hisan berkata kira-kira setengah jam kemudian, seorang lagi suspek berumur 16 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes culik dan bunuh itu.

Hasil soal siasat terhadap keempat-empat suspek, polis dibawa ke kawasan semak di Taman Putri pada kira-kira jam 1.40 tengah hari ini, di mana mayat Lai yang hangus ditemui.

Sementara polis menunggu hasil bedah siasat untuk menentukan punca kematian Lai, kesemua suspek ditahan reman sehingga 21 September untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 yang membawa hukuman mati, atau penjara seumur hidup dan sebatan jika sabit kesalahan.

Menyifatkannya sebagai kes tragik, Tun Hisan berkata walaupun keluarga mangsa membayar wang tebusan kepada penculik kira-kira jam 3 pagi semalam, pelajar itu tidak dibebaskan.

Beliau berkata keluarga mangsa tahu identiti penculik berkenaan.

"Mangsa seorang pelajar cemerlang...dia mendapat keputusan 7A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah tahun lepas." Jumaat lalu, Lai tidak pulang ke rumah menjelang pukul 9 malam selepas selesai berkerja secara sambilan di pasar raya itu.

Kira-kira jam 6.20 pagi keesokannya, ibu pelajar itu menerima panggilan daripada penculik, menuntut sejumlah wang tebusan.

Bertindak atas laporan keluarga mangsa, polis menubuhkan pasukan khas untuk menyelamatkan Lai. - Bernama

Lampiran:Tiada rekod
 
Tiada rekod
 
 


 

Ingatlah!!!, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.


Bilangan Pelawat: 0000033696Bilangan Pelawat: 0000033696Bilangan Pelawat: 0000033696Bilangan Pelawat: 0000033696Bilangan Pelawat: 0000033696Bilangan Pelawat: 0000033696Bilangan Pelawat: 0000033696Bilangan Pelawat: 0000033696Bilangan Pelawat: 0000033696Bilangan Pelawat: 0000033696