Carian :
Suhu Kini 28°C
| 10 Mei 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« Mei 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
   1234
56789
10
11
12131415161718
19202122232425
262728293031 
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > Agama

TUJUH IBADAH TERBAIK DIAMALKAN AKHIR 10 RAMADAN
Kategori:Agama
 

Tujuh ibadah terbaik diamalkan akhir 10 Ramadan

 

Apakah amalan terbaik dilakukan pada 10 malam terakhir Ramadan.

Abdul Rahim Bakri

Muar, Johor


Antara amalan terbaik dilakukan pada 10 malam terakhir Ramadan ialah:


l Melakukan solat sunat Rawatib, Tarawih dan sunat lain.

l Memperbanyakkan berdoa seperti “Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, maka ampunkan aku”.


l Membaca, mempelajari dan mengkaji al-Quran kerana hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim menyatakan: “Jibril menemui Nabi Muhammad SAW pada setiap malam Ramadan dan bertadarus al-Quran”

l Berzikir menyebut nama Allah, firman Allah SWT, “Berzikirlah kepada Tuhanmu dalam dirimu (hatimu) dengan penuh perasaan rendah hati dan takut dan bukan dengan suara keras pada waktu pagi dan petang, dan janganlah engkau sampai dikira orang yang lalai.”(Al- A’raf :205).

l Memperbanyakkan sedekah kepada kaum kerabat dan fakir miskin. Hadis riwayat Bukhari Muslim menyatakan Nabi Muhammad SAW paling pemurah membuat kebajikan lebih-lebih lagi pada Ramadan ketika Baginda SAW dikunjungi Malaikat Jibril.

l Beriktikaf di masjid terutama pada 10 hari terakhir Ramadan kerana ini cara terbaik untuk menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang dilarang, sebaliknya memberi rangsangan untuk melakukan perkara yang disuruh. Diharap dengan beriktikaf akan ditemui lailatul qadar kerana ia berlaku pada 10 malam terakhir. Disebut dalam kitab Fath al-Qadir daripada Aishah r.a. berkata “Apabila masuk 10 hari terakhir Ramadan, Nabi banyak berjaga kerana ibadah, Baginda membangunkan keluarganya mengasingkan diri daripada isterinya.”

l Qiamullail iaitu bangun beribadat pada malam hari. Kelebihannya seperti difirman Allah Taala bermaksud “Dan bangun pada sebahagian daripada malam serta kerjakan “sembahyang Tahajud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat terpuji.” (al- Isra’: 79)

Lampiran:Tiada rekod
 
Tiada rekod
 
 


 

Ingatlah!!!, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.


Bilangan Pelawat: 0000033710Bilangan Pelawat: 0000033710Bilangan Pelawat: 0000033710Bilangan Pelawat: 0000033710Bilangan Pelawat: 0000033710Bilangan Pelawat: 0000033710Bilangan Pelawat: 0000033710Bilangan Pelawat: 0000033710Bilangan Pelawat: 0000033710Bilangan Pelawat: 0000033710