Carian :
Suhu Kini 28°C
| 28 Mac 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« Mac 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
     12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627
28
2930
31      

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > Sains dan Teknologi

TIGA KUNCI TERENGGANU CEMERLANG
Kategori:Sains dan Teknologi
 

SATU ketika dulu, Terengganu bukan dalam senarai popular sebagai negeri yang bakal mencipta kemajuan dan pembangunan yang membanggakan dalam semua segi sama ada ekonomi, pendidikan atau sosial.

Namun, hari ini, selepas tiga tahun Barisan Nasional (BN) mengambil alih semula tampuk pemerintahan dan di bawah kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh, pelbagai pembaharuan dan peningkatan cemerlang dapat disaksikan serta dinikmati rakyat.

Kemajuan dalam bidang pendidikan sesuatu yang tidak dapat disangkal. Kejayaan Terengganu mencapai keputusan terbaik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu sangat membanggakan dan boleh dijadikan contoh.


Lebih membanggakan, Terengganu sebenarnya sudah mempertahankan kecemerlangan sebagai terbaik UPSR selama tujuh tahun berturut-turut, sekali gus mencatat satu rekod negara.

Bagi Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Ariffin Embong, kejayaan dicapai adalah hasil usaha gigih semua pihak bukan saja di kalangan warga pendidik, malah berkat sokongan padu barisan kepemimpinan kerajaan negeri terutama Menteri Besar, ibu bapa dan murid.

Sambil berkongsi kegembiraan di atas pencapaian cemerlang murid di Terengganu, beliau menyifatkan idea dan inisiatif diilhamkan Idris banyak menyuntik kemajuan dan kejayaan.

Katanya, tiga kunci utama yang menjadi panduan warga pendidik di negeri penyu itu dalam memastikan sasaran kejayaan dalam bidang pendidikan tercapai ialah kejujuran, sokongan dan kerjasama padu semua pihak.

"Kita sentiasa mendapat kerjasama padu daripada semua pihak. Pelbagai usaha diambil guru dalam meningkatkan pencapaian pelajar. Kita juga dapat merasakan kejujuran guru yang bekerja dengan penuh keikhlasan.

"Kita beruntung kerana mendapat sokongan paling hebat daripada kerajaan negeri bukan saja aspek kewangan, malah Menteri Besar banyak memberi idea dan pendapat bagaimana untuk membuatkan masyarakat kita lebih baik daripada sebelumnya," katanya sambil menyifatkan Idris sebagai pemimpin yang benar-benar mempunyai pemikiran di luar kotak.

Selain Idris, katanya, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Dr Abdul Latiff Awang juga banyak memainkan peranan dan membantu warga pendidik memberikan khidmat terbaik.

Katanya, Abdul Latiff akan memastikan mereka bertemu setiap bulan bagi membincangkan sebarang masalah, pencapaian serta kekurangan di sekolah dan perkembangan murid.

"Kebiasaannya, dalam sebulan itu jika kami tidak bertemu di mana-mana majlis, beliau akan menghubungi saya meminta datang ke pejabat untuk membincangkan perkembangan dan masalah sekolah.

"Itu sudah cukup menunjukkan keprihatinan mereka yang bersungguh-sungguh bekerja untuk melihat kejayaan anak tempatan," katanya sambil menambah kerajaan negeri melakukan yang terbaik untuk mendapatkan kejayaan dikecapi sekarang.

Ariffin berkata, Terengganu dilihat ke depan dalam perancangan pendidikan apabila mewujudkan dua sekolah elit, sekolah premier di setiap daerah setelah mengambil alih semula tampuk pemerintahan serta penubuhan Sekolah Imtiaz yang dikawal oleh kerajaan negeri.

Sekolah elit adalah sekolah menengah kebangsaan, tetapi kerajaan negeri menyuntik dana bagi membolehkan sekolah itu dilengkapi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta menyediakan kemudahan asrama.

Antara kemudahan dinikmati ialah sebuah komputer untuk dua pelajar, peralatan kelab robotik, aeronautik dan kelab menunggang kuda, malah setiap pelajar baru memasuki Tingkatan Satu di sekolah itu menerima sumbangan sebanyak RM500.

Selepas tiga tahun dibuka dua sekolah elit - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lembah Bidong dan SMK Mak Lagam mencatat sejarah apabila menduduki tempat ketiga dan keempat, peratusan kelulusan semua A terbaik peringkat negeri dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), tahun lalu iaitu di belakang dua sekolah berasrama penuh.

Ariffin berkata, sekolah itu diwujudkan bagi menggalak pelajar cemerlang dalam UPSR terus belajar di Terengganu bagi memastikan negeri itu dapat melahirkan ramai pelajar cemerlang pada peringkat PMR dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Inilah antara impian kerajaan negeri.

Pada peringkat jabatan katanya, JPNT menubuhkan Angkatan Kerja Rajin Mulia (Akram) yang terdiri daripada guru dan guru pakar yang dilantik Kementerian Pelajaran untuk memantau perkembangan semasa di sekolah.

Abdul Latiff pula menyifatkan rakyat Terengganu bertuah sejak BN memerintah semula kerana kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM136.6 juta untuk bidang pendidikan dan latihan setahun.

Selain pembangunan pendidikan, ada peruntukan khusus untuk pelajar seperti bantuan pelajar sekolah elit dan premier sebanyak RM4.9 juta, bantuan memasuki institusi pengajian tinggi (RM7 juta) serta bantuan pakaian dan peralatan sekolah (RM6 juta).

Katanya, dana untuk pendidikan 2008 itu adalah besar malah dikatakan lebih banyak berbanding Bajet pembangunan di beberapa negeri lain.

Dalam manifesto tambahan pilihan raya umum 2004, BN Terengganu berjanji menubuhkan sebuah universiti penuh, tetapi Terengganu kini mempunyai dua universiti - Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Katanya, Universiti Teknologi Mara (UiTM) pula akan membuka kampus baru di Bukit Besi, Dungun dan majlis pecah tanah pembinaan kampus itu bakal disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, 3 Februari ini.

"Taman Ilmu yang dibangunkan di Besut pula bakal menempatkan enam institusi pengajian tinggi dalam satu kawasan dan apabila beroperasi sepenuhnya, Terengganu mampu melahirkan ramai cendikiawan dan melahirkan generasi ulul albab," katanya.

Selain kejayaan dalam UPSR dan peperiksaan besar lain, sistem pendidikan di Terengganu juga mengundang cemburu di kalangan orang luar yang kagum melihat usaha kerajaan negeri memperkasakan bidang pendidikan dari peringkat Tabika untuk membimbing kanak-kanak.

Seorang rakan di Kuala Lumpur pernah berkata alangkah beruntung andai beliau dapat menyekolahkan anak di Terengganu, bermula dari Taska Hadhari hinggalah ke menara gading.

Memetik kata rakan itu: "Sebenarnya saya suka kerajaan Terengganu yang menekankan bab pendidikan. Teringin nak hantar anak masuk program khatam al-Quran sebelum umur enam tahun, tetapi takkan aku nak berpisah jauh dengan suami," katanya.

Apa yang dikatakan itu ada benarnya. Terengganu sendiri mencatat sejarah baru dalam dunia pendidikan negara kerana berjaya melahirkan kanak-kanak yang khatam al-Quran dan ada yang mampu menghafaz surah muqaddam di tadika.

Ia bukan pencapaian calang-calang. Idea menubuhkan Taska Hadhari selain menekankan pembelajaran asas, turut menyediakan ilmu mengaji muqaddam dan al-Quran yang diyakini mampu dijadikan asas bagi melahirkan generasi Ulul Albab, yang cemerlang ilmu dan akhlaknya untuk menerajui negara satu hari nanti.

Inilah antara impian kerajaan negeri kerana usaha melahirkan generasi baru mungkin mengambil masa 30 tahun, tetapi Terengganu berusaha memendekkan masa, bukan hanya untuk melahirkan warga hebat malah terhebat di dunia dengan mentaliti kelas pertama.

 

Lampiran:Tiada rekod
 
Tiada rekod
 
 


 

"Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan"


Bilangan Pelawat: 0000032237Bilangan Pelawat: 0000032237Bilangan Pelawat: 0000032237Bilangan Pelawat: 0000032237Bilangan Pelawat: 0000032237Bilangan Pelawat: 0000032237Bilangan Pelawat: 0000032237Bilangan Pelawat: 0000032237Bilangan Pelawat: 0000032237Bilangan Pelawat: 0000032237