Carian :
Suhu Kini 28°C
| 10 Mei 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« Mei 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
   1234
56789
10
11
12131415161718
19202122232425
262728293031 
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > SUKMA

MB UMUM CUTI AHAD SEMPENA JUARA SUKMA KALI KETIGA BERTURUT-TURUT, MENANG PIALA FA
Kategori:SUKMA
 

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan cuti umum bagi seluruh negeri itu Ahad ini sempena kemenangan skuad bolasepak negeri itu menjulang Piala FA Sabtu lalu.

Cuti peristiwa itu juga sempena kejayaan kontinjen Terengganu menjuarai Sukan Malaysia (Sukma) ke-14 di Kuala Lumpur, yang berakhir semalam, buat kali ketiga berturut-turut.

Ahmad Said membuat pengumuman itu pada sambutan meraikan wira skuad Penyu dan Sukma di Dataran Shahbandar yang dihadiri kira-kira 10,000 penyokong.

Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden Persatuan Bolasepak Terenggganu, Datuk Che Mat Jusoh dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Rozi Mamat.

Ahmad Said berkata cuti umum itu sebagai penghargaan kepada pemain dan juga peminat yang sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada arena sukan tempatan.

Atlet Sukma yang memenangi emas pada kejohanan itu bakal menerima RM5,000 setiap seorang, RM3,000 untuk pingat perak dan RM2,00 untuk pingat gangsa.

Oleh TEGANUKU

Lampiran:
 
Tiada rekod
 
 


 

Ingatlah!!!, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.


Bilangan Pelawat: 0000033630Bilangan Pelawat: 0000033630Bilangan Pelawat: 0000033630Bilangan Pelawat: 0000033630Bilangan Pelawat: 0000033630Bilangan Pelawat: 0000033630Bilangan Pelawat: 0000033630Bilangan Pelawat: 0000033630Bilangan Pelawat: 0000033630Bilangan Pelawat: 0000033630