Carian :
Suhu Kini 28°C
| 10 Mei 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« Mei 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
   1234
56789
10
11
12131415161718
19202122232425
262728293031 
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > SUKMA

300 ATLET MULA BERKAMPUNG DI UKM
Kategori:SUKMA
 

Seramai 300 atlit sudah mula memasuki perkampungan sukan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi semalam yang dipilih sebagai perkampungan sukan Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan membuka tirainya esok hingga 12 Jun ini.

Antara atlit yang mula mendaftar masuk ialah kontinjen Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor, Sabah dan Sarawak.

Pengarah Pengurusan Sukan Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ab Jalil Abdullah berkata, semua atlit yang bertanding tiba secara berperingkat selepas dibenarkan masuk ke perkampungan sukan dua hari sebelum acara bermula.

“Sehingga hari ini (semalam), semua persiapan siap 100 peratus dan kini hanya menanti ketibaan atlit,” katanya yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola SUKMA Kuala Lumpur 2011.

Abd Jalil berkata, Kolej Pendeta Za’ba yang boleh memuatkan 3,700 penghuni sudah bersedia menerima 3,336 atlit dan 1,456 pegawai yang menyertai temasya kali ini.

Peserta acara futsal dan bola tampar pantai bagaimanapun menginap di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam kerana venue acara masing-masing terletak di Shah Alam.

Pada hari pertama SUKMA esok, polo air, judo, silambam dan tenis akan membuka tirai saingan masing-masing.

Oleh TEGANUKU

Lampiran:Papar Fail Lampiran(PDF)
 
Tiada rekod
 
 


 

Ingatlah!!!, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.


Bilangan Pelawat: 0000033650Bilangan Pelawat: 0000033650Bilangan Pelawat: 0000033650Bilangan Pelawat: 0000033650Bilangan Pelawat: 0000033650Bilangan Pelawat: 0000033650Bilangan Pelawat: 0000033650Bilangan Pelawat: 0000033650Bilangan Pelawat: 0000033650Bilangan Pelawat: 0000033650