Carian :
Suhu Kini 28°C
| 10 Mei 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« Mei 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
   1234
56789
10
11
12131415161718
19202122232425
262728293031 
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > SUKMA

SUKMA: TERENGGANU BUKTIKAN SUKAR DICABAR DENGAN 23 EMAS
Kategori:SUKMA
 

Terengganu membuktikan bahawa mereka sukar dicabar oleh pasukan lain apabila terus menguasai kutipan pingat pada hari keenam temasya Sukan Malaysia Ke-14.

Selepas tamat saingan semalam (7 Jun), Terengganu kini mengumpul 23 pingat emas, lima perak dan 10 pingat gangsa.

Sementara itu, kontinjen Johor mengekori di tangga kedua dengan mengumpul 15 pingat emas, 14 perak dan enam gangsa, manakala Negeri Sembilan di tempat ketiga dengan 10 pingat emas, lapan perak dan 13 gangsa.

Kontinjen pantai timur itu hanya menambah satu pingat emas menerusi Ummi Hamimah Mohamad dalam acara Keirin wanita, sekaligus menidakkan dominasi pelumba Perlis, Ju Pha Somnet yang mengutip empat pingat emas.

Pada acara berbasikal trek yang menutup tirainya hari ini, kontinjen Perlis telah menghantar bantahan dalam saingan Keirin wanita kepada Komisar (pegawai teknikal pertandingan) ekoran tidak puas hati dengan taktik perlumbaan oleh dua pelumba Terengganu.

Bagaimanapun bantahan itu ditolak oleh Komisar setelah menganggap perbuatan mereka tidak melanggar peraturan yang ditetapkan dalam acara tersebut.

Pada Rabu, sebanyak tiga pingat emas ditawarkan pada hari ketujuh temasya menerusi acara futsal (lelaki dan wanita) dan polo air lelaki.

Oleh TEGANUKU

Lampiran:
 
Tiada rekod
 
 


 

Ingatlah!!!, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.


Bilangan Pelawat: 0000033640Bilangan Pelawat: 0000033640Bilangan Pelawat: 0000033640Bilangan Pelawat: 0000033640Bilangan Pelawat: 0000033640Bilangan Pelawat: 0000033640Bilangan Pelawat: 0000033640Bilangan Pelawat: 0000033640Bilangan Pelawat: 0000033640Bilangan Pelawat: 0000033640