Carian :
Suhu Kini 28°C
| 10 Mei 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« Mei 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
   1234
56789
10
11
12131415161718
19202122232425
262728293031 
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > SUKMA

TERENGGANU PECAH KEMARAU PINGAT ACARA TENIS
Kategori:SUKMA
 

Kontinjen Terengganu memecah kemarau pingat selama 26 tahun dengan menggondol pingat gangsa dalam acara tenis selepas tewas kepada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2-1 di temasya Sukan Malaysia (Sukma) Ke-14 Kuala Lumpur 2011, hari ini.

“Acara berpasukan lelaki telah menunjukkan prestasi yang baik selepas menang pada hari kedua perlawanan, walaupun kami tidak meletakkan sebarang pingat. Alhamdulillah pingat gangsa diraih,” kata jurulatih kontijen Terengganu Encik Shukur Saad.

Sementara itu, kanu menyumbang empat lagi pingat emas masing-masing melalui acara 500m K1 (W) Siti Rajiah Ali catatan masa 02.30 saat; acara 500m K2 (L) Muhammad Azman Ibrahim, Muhamad Syafwatudin Muhamad Azaha dan acara 01.57s, 500m K2(W) gandingan Nurul Farahim Wahab, Noraishah Yahya dengan kepantasan 02.26s.

Sementara emas keempat kanu melalui acara 500m K4(W) yang disumbangkan Adibah Nor Azaha, Siti Rajiah, Norazlina dan Nurul Farahim dengan catatan 02.13s.
Atlet judo, Norhidayu Muliar menggapai emas kelima diikuti lumba basikal 3 kilometer Team Persuit (W) akhir , gandingan Nur Ain Mahmud, Ummi Hamimah Mohamad, Zahraa Anuawar dengan catatan masa 04.13s.

Satu pingat perak diraih lagi diraih melalui lumba Basikal 10KM Scratch Race Akhir (W), Zahraa bt Anuawar dengan catatan 18.04s diikuti 15km Scratch Race akhir (L) Sofian Nabil Omar Bakri catatan 22.23s pingat gangsa.

Ketua Kontinjen Terengganu , Dato` Haji Wan Ahamad Wan Muda mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana membenarkan lima pelumba Terengganu beraksi semula setelah penyertaan dibatalkan.

Pasukan Kanu mencapai dua lagi pingat gangsa melalui acara 500m K1 (L) dan 500m K4(L). Jumlah pencapaian pingat pada hari ini 6 Emas, 1 Perak dan 3 gangsa.

Unit Komunikai Negeri

Lampiran:Papar Fail Lampiran(PDF)
 
Tiada rekod
 
 


 

Ingatlah!!!, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.


Bilangan Pelawat: 0000033638Bilangan Pelawat: 0000033638Bilangan Pelawat: 0000033638Bilangan Pelawat: 0000033638Bilangan Pelawat: 0000033638Bilangan Pelawat: 0000033638Bilangan Pelawat: 0000033638Bilangan Pelawat: 0000033638Bilangan Pelawat: 0000033638Bilangan Pelawat: 0000033638