Carian :
Suhu Kini 28°C
| 11 Mei 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« Mei 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
   1234
5678910
11
12131415161718
19202122232425
262728293031 
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > SUKMA

MANFAATKAN KEMUDAHAN SUKAN
Kategori:SUKMA
 Kerajaan Negeri kini bersedia membuka kemudahan sukan, terutamanya Kompleks Sukan Negeri kepada seluruh masyarakat pantai timur termasuklah badan-badan korporat bagi memastikan ianya tidak membazir. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said berkata, beberapa kemudahan lain akan di tambah termasuk kiosk peniaga dan kemudahan rekreasi untuk menjadikannya tempat tumpuan penduduk tempatan beriadah. Beliau berkata demikian pada majlis Penyampaian Skim Insentif Hadiah Kemenangan Sukma XII di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, semalam (22 Jun). Turut hadir, Pengerusi Belia dan Sukan Negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mokthar Nong; Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Dato’ Zolkples Embong; Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT), Encik Rosdi Awang; Datuk Bandar Kuala Terengganu, Dato’ Mat Razali Kassim. Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak merupakan kemudahan sukan yang termoden di pantai timur dilengkapi stadium utama, stadium tertutup, trek olahraga, 5,000 tempat meletak kenderaan, kemudahan bowling, squash, padang bola tambahan. Dato’ Ahmad menambah, Kerajaan Persekutuan juga meluluskan pembinaan Sekolah Sukan seterusnya memastikan kemudahan tersebut turut dapat dimanafaatkan dengan sebaik mungkin. Dalam pada itu, Kerajaan Negeri meluluskan insentif RM 100,000 bagi Persatuan Kanu Negeri setelah menunjukkan prestasi membanggakan pada temasya sukan terbesar negara, Sukma XII Terengganu apabila berjaya membolot 14 pingat emas dan empat pingat perak. Atlet kanu, Siti Rajiah Ali menetap di Kampung Paya, Marang menerima habuan sebanyak RM25,550 dan dipilih Atlet Wanita Terbaik Sukma XII Terengganu. Penuntut di tingkatan enam bawah Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Lela Segara, Marang berhasrat untuk menyimpan yang yang diperolehi bagi kegunaan masa hadapan. “Saya tidak menjangka saya mampu pergi sejauh ini. Saya berterima kasih kepada jurulatih, ibu-bapa yang banyak memberi dorongan kepada saya untuk terus maju,” ujarnya.

Ehsan
Unit Komunikasi Negeri

Lampiran:
 
Tiada rekod
 
 


 

"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya"


Bilangan Pelawat: 0000033720Bilangan Pelawat: 0000033720Bilangan Pelawat: 0000033720Bilangan Pelawat: 0000033720Bilangan Pelawat: 0000033720Bilangan Pelawat: 0000033720Bilangan Pelawat: 0000033720Bilangan Pelawat: 0000033720Bilangan Pelawat: 0000033720Bilangan Pelawat: 0000033720