Carian :
Suhu Kini 28°C
| 10 Mei 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« Mei 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
   1234
56789
10
11
12131415161718
19202122232425
262728293031 
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > SUKMA

SEKOLAH SUKAN TERBESAR DI TERENGGANU
Kategori:SUKMA
 Terengganu bakal memiliki sekolah sukan terbesar di negara ini yang menempatkan kira-kira seribu pelajar berbanding enam ratus di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Sekolah yang dianggarkan melibatkan peruntukan RM80 juta di kawasan seluas 20 ekar dibina bersebelahan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Terengganu itu bakal menerima 50 peratus pelajar tempatan dalam pelbagai jenis sukan. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkata buat permulaan Kerajaan Negeri bersedia menerima sebahagian pelajar dengan menempatkan mereka di Sekolah Menengah Teknik Terengganu Jalan Lapangan Terbang (SMTT), Kuala Terengganu. Jumlah pengambilan pelajar untuk tujuan itu bergantung kepada kemampuan dan kekosongan kelas. “Sekolah sukan itu nanti akan memberi keutamaan kepada jenis sukan yang kurang menyerlah dalam Sukan Malaysia (Sukma) Ke-12 baru-baru ini seperti wushu, gimnastik dan terjun papan anjal. “Kerajaan Negeri percaya jenis sukan ini akan turut menyerlah setanding dengan sukan lain selepas dilatih serta diberi perhatian,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Mingguan Ahli-ahli Kerajaan Negeri, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini (18 Jun). Beliau berkata, apabila siap kelak, ia akan memberi nilai tambah kepada bidang sukan di negeri ini yang sudah membuktikan kecemerlangannya dalam Sukma Ke-12. Sementara itu, Dato’ Ahmad berkata, Kerajaan Negeri merancang beberapa projek yang boleh meningkatkan pendapatan rakyat apabila royalti minyak diperoleh daripada Kerajaan Pusat.

Ehsan
Unit Komunikasi Negeri
Lampiran:Tiada rekod
 
Tiada rekod
 
 


 

Ingatlah!!!, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.


Bilangan Pelawat: 0000033682Bilangan Pelawat: 0000033682Bilangan Pelawat: 0000033682Bilangan Pelawat: 0000033682Bilangan Pelawat: 0000033682Bilangan Pelawat: 0000033682Bilangan Pelawat: 0000033682Bilangan Pelawat: 0000033682Bilangan Pelawat: 0000033682Bilangan Pelawat: 0000033682