Carian :
Suhu Kini 28°C
| 10 Mei 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« Mei 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
   1234
56789
10
11
12131415161718
19202122232425
262728293031 
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > Sejarah Tercipta di YPKT

CAKNA KERUKUNAN RUMAH TANGGA, JALIN HUBUNGAN ERAT
Kategori:Sejarah Tercipta di YPKT
 

Kuala Terengganu - Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu menyokong saranan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat supaya mengadakan 'malam keluarga ' bagi memperkukuhkan lagi institusi kekeluargaan.

Pengarahnya, Mohd Shafarudin Mustaffa berkata, langkah berkenaan penting malah dianggap berkesan menyedarkan masyarakat berikutan banyak berlakunya kse penceraian pada masa kini.

'Memilih satu hari mengadakan 'malam keluarga' adalah masa terbaik untuk berkumpul dan menjalin hubungan lebih erat dalam kalangan anggota keluarga terutama mereka terlalu sibuk dengan kerja sehingga mengabaikan kerukunan rumah tangga sendiri.

'Walaupun cuma meluangkan masa sehari sahaja dalam seminggu, ia mungkin dapat menjernihkan semula hubungan,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika  mengulas kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan masyarakat, Datuk Dr Ng Yen Yen yang menyarankan supaya setiap keluarga memilih satu hari dalam seminggu sebagai ' malam keluarga ' bagi menjalin dan memupuk hubungan lebih erat.

Menurutnya, program berkenaan perlu diperhebat lagi bagi mengatasi masalah penyalahgunaan dadah, merempit dan mencuri dalam kalangan anak muda.

Sehubungan itu, beliau berharap setiap keluarga cakna hubungan keluarga masing-masing dan jangan disebabkan keegoan diri akhirnya memusnahkan bahtera rumah tangga yang dibina. 

Lampiran:Tiada rekod
 
Tiada rekod
 
 


 

Ingatlah!!!, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.


Bilangan Pelawat: 0000033630Bilangan Pelawat: 0000033630Bilangan Pelawat: 0000033630Bilangan Pelawat: 0000033630Bilangan Pelawat: 0000033630Bilangan Pelawat: 0000033630Bilangan Pelawat: 0000033630Bilangan Pelawat: 0000033630Bilangan Pelawat: 0000033630Bilangan Pelawat: 0000033630