Carian :
Suhu Kini 28°C
| 11 Mei 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« Mei 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
   1234
5678910
11
12131415161718
19202122232425
262728293031 
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > Sejarah Tercipta di YPKT

KEM POTENSI DIRI DIDIK REMAJA TANGANI MASALAH, URUS TEKANAN.
Kategori:Sejarah Tercipta di YPKT
 

Marang - Seramai 70 remaja dari Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Bukit Payong menyertai Kem Potensi Diri di Pulau Kapas, anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga ( YPK ) Daerah Marang.

Program tersebut yang turut mendapat kerjasama Pejabat Pembangunan DUN Bukit Payong itu berlangsung selama dua hari di Pulau Kapas, bermuia semalam.

Pegawai YPK Daerah Marang, Zahari Mat berkata, sepanjang kem itu, peserta akan diberi pendedahan mengenai cara-cara untuk menyelesaikan dan mengendalikan masalah, menguruskan tekanan dan mengeratkan hubungan dalam kalangan remaja.

"Kita mengharapkan melalui kem seperti ini, peserta yang terdiri daripada remaja akan dapat muhasabah mengenai tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara dan agama," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya, objektif utama program itu dibuat adalah mengasah matlamat diri remaja agar bersifat positif dan membentuk kemahiran berinteraksi yang baik dengan rakan, selain memantapkan semangat jaya diri dalam kalangan mereka.

Sepanjang kem itu, peserta akan didedahkan dengan senaman taichi, poco-poco, latihan dalam kumpulan dan perhubungan masyarakat.

Selain itu, mereka juga akan didedahkan dengan ceramah berkaitan oleh penceramah luar, Mohd Rizal Hasan, Pengarah YPK Daerah Marang, zahari Mat dan Pegawai Pembangunan DUN Bukit Payong, Zaidi Muda.

Lampiran:Tiada rekod
 
Tiada rekod
 
 


 

"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya"


Bilangan Pelawat: 0000033730Bilangan Pelawat: 0000033730Bilangan Pelawat: 0000033730Bilangan Pelawat: 0000033730Bilangan Pelawat: 0000033730Bilangan Pelawat: 0000033730Bilangan Pelawat: 0000033730Bilangan Pelawat: 0000033730Bilangan Pelawat: 0000033730Bilangan Pelawat: 0000033730