Carian :
Suhu Kini 28°C
| 11 Mei 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« Mei 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
   1234
5678910
11
12131415161718
19202122232425
262728293031 
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > Sejarah Tercipta di YPKT

YPK BINA 32 TASKA BARU
Kategori:Sejarah Tercipta di YPKT
 

Pendekatan Terengganu untuk melahirkan ‘anak-anak terbilang dan berfikiran kelas pertama ‘ membabitkan kanak-kanak di awal usia, wajar mendapat pujian semua pihak, terutama ibu bapa kanak-kanak berkenaan.


Bagi mencapai matlamat itu, kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) sentiasa berusaha menerapkan kaedah pembelajaran kreatif dan inovatif di 43 Taska Hadhari di seluruh negeri.


Komited dengan usaha itu, YPK akan menambah 32 taska di setiap Dewan Undangan Negeri ( DUN ) dan pembinaannya dijangka bermula Mac ini.


Taska itu dibina atas inisiatif Kerajaan Pusat selepas melihat kejayaan YPU mengharumkan nama Taska sedia ada di peringkat kebangsaan terutama berkaitan program menghafaz surah lazim.


Sebanyak RM 6.4 juta diperuntukkan bagi membina taska itu yang bakal diberi nama Taska Permata Hadhari ( TPH ).


Ketua Penolong Pengarah YPK, Kamaruzaman Awang, berkata apabila TPH beroperasi kelak, pelbagai program yang boleh membangun dan merangsang minda akan dilaksanakan.


Katanya, ia termasuk program yang mampu mewujudkan hubungan mesra antara ibu bapa, pengasuh dan kanak-kanak, mengutamakan konsep belajar melalui seronok bermain, bebas meneroka dan menterjemah serta menumpukan aktiviti mengikut tema pada setiap bulan.


“ Sebahagian konsep itu sudah dilaksanakan di Taska Hadhari dan ia jelas memberi satu perkembangan positif terhadap minda kanak-kanak.


“Mereka didapati lebih berani untuk berdepan dengan masyarakat, gemar mencuba perkara baru, ceria, berkeyakinan, berdikari, penyayang dan mampu menguruskan diri sendiri,” katanya ketika ditemui GanuKita, baru-baru ini.


Seramai 320 pendidik akan dihantar mengikuti Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan secara berperingkat di Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI ).
 

 

Lampiran:Tiada rekod
 
Tiada rekod
 
 


 

"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya"


Bilangan Pelawat: 0000033728Bilangan Pelawat: 0000033728Bilangan Pelawat: 0000033728Bilangan Pelawat: 0000033728Bilangan Pelawat: 0000033728Bilangan Pelawat: 0000033728Bilangan Pelawat: 0000033728Bilangan Pelawat: 0000033728Bilangan Pelawat: 0000033728Bilangan Pelawat: 0000033728