Carian :
Suhu Kini 28°C
| 10 Mei 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« Mei 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
   1234
56789
10
11
12131415161718
19202122232425
262728293031 
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > EKONOMI

TENAGA KERJA MAHIR LEBIH 50% MENJELANG 2020
Kategori:EKONOMI
 

SHAH ALAM 8 Okt. - Kerajaan akan meneruskan usaha bagi memastikan keperluan tenaga kerja mahir dapat dicapai melebihi 50 peratus menjelang 2020.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot berkata, usaha itu akan dilaksana menerusi program sedia ada termasuk menggalakkan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) melibatkan kerjasama strategik antara kerajaan dan swasta.

"Saya percaya peratusan tersebut dapat ditingkatkan kerana bukan hanya Kementerian Sumber Manusia, malah kementerian-kementerian lain juga mempunyai program latihan kemahiran sendiri dalam memastikan guna tenaga mahir negara bertambah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Akademi Teknikal UMW (UTAc) dan Program SLDN UMW di sini hari ini.

UMW yang merupakan syarikat berteraskan aktiviti kejuruteraan dan kemahiran menjalin kerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia bagi melaksana program SLDN dengan menyediakan kemudahan dan tenaga pengajar melibatkan 13 lokasi di seluruh negara.

Melalui penubuhan UTAc, syarikat berkenaan menyediakan keperluan tenaga kerja mahir negara secara berterusan selain meningkatkan kualiti kemahiran pekerja dan mewujudkan mekanisme sokongan pembangunan kerjaya.

Mengenai SLDN, Richard berkata, setakat ini pihaknya berjaya melatih sebanyak 23,299 tenaga mahir melibatkan pentauliahan kepada 2,499 buah syarikat sejak program itu mula dilaksana lapan tahun lalu.

 Sumber: Utusan Malaysia

Lampiran:Tiada rekod
 
Tiada rekod
 
 


 

Ingatlah!!!, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.


Bilangan Pelawat: 0000033658Bilangan Pelawat: 0000033658Bilangan Pelawat: 0000033658Bilangan Pelawat: 0000033658Bilangan Pelawat: 0000033658Bilangan Pelawat: 0000033658Bilangan Pelawat: 0000033658Bilangan Pelawat: 0000033658Bilangan Pelawat: 0000033658Bilangan Pelawat: 0000033658