Carian :
Suhu Kini 28°C
| 10 Mei 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« Mei 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
   1234
56789
10
11
12131415161718
19202122232425
262728293031 
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > Politik

NAFAS BAHARU 3 SAYAP TERENGGANU
Kategori:Politik
 

KUALA TERENGGANU 13 Okt. - Proses pemilihan kepemimpinan bagi tiga sayap UMNO di lapan bahagian di negeri ini secara umumnya berjalan lancar semalam dengan menyaksikan perubahan menyeluruh dalam barisan Ketua Pemuda dan Puteri UMNO.

Perubahan menyeluruh berlaku berikutan kekosongan ekoran penyandang telah melebihi had umur sekali gus memberi ruang lebih luas kepada muka baharu memberikan nafas lebih segar kepada sayap-sayap yang menuntut peranan lebih besar dan berkesan dalam senario politik lebih mencabar.

Bagi Pemuda UMNO, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Mohd. Iskandar Jaafar mengambil alih di Setiu manakala Pegawai Khas ADUN Jertih, Azizul Jasmi Mohamad di Besut dengan kemenangan tanpa bertanding.

Selebihnya berlaku persaingan dua penjuru termasuk di Kemaman yang dimenangi Ahmad Fikry Ibrahim, Jasmira Othman (Marang), Mohd. Asri Mohamad (Dungun) dan Mohd. Johari Abu Bakar (Hulu Terengganu) manakala tiga penjuru di Kuala Terengganu yang dimenangi oleh Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris.

Saingan lebih mencabar di Kuala Nerus melalui pertembungan empat penjuru dengan Khairuddin Mohamad @ Abdul Majid dipilih sebagai teraju yang baharu dan umumnya senarai ketua baharu ini dibarisi mereka daripada pelbagai latar belakang.

Bagi pemilihan Ketua Puteri bahagian, tiga calon iaitu Zuraiha Shariza Embong (Kuala Nerus), Laila Mat Daud (Marang) di samping Rozita Ismail (Hulu Terengganu) menang tanpa bertanding.

Asfalinda Anuar, calon tunggal yang cuba mempertahankan jawatan di Kemaman tewas kepada Shaheda Yusof manakala di Besut, Erni Esalwani mengambil tempat, Nur Fuzilawati Yusof (Setiu), Arlina Rosli (Dungun) dan Nia Notieya Zaharuddin (Kuala Terengganu).

Wanita UMNO pula memperlihatkan pertukaran teraju di Kuala Nerus dan Kuala Terengganu setelah penyandang sedia ada tidak lagi mempertahankan jawatan dengan Norhayati Ismail dan Rozalina Mokhtar mengambil tempat apabila menewaskan pencabar masing-masing.

Begitu juga di Setiu, Wan Nasiah Wan Abdul Majid menewaskan penyandang, Wan Fatimah @ Wan Maznah Nong manakala di Hulu Terengganu, Datuk Fatimah Hamad kekal tanpa bertanding bersama dengan Engku Naimah Engku Taib (Besut) dan Senator Toh Puan Zaiton Mat Amin (Marang).

Di Dungun pula, Zainun Abu Bakar mempertahankan jawatan setelah menewaskan pencabarnya, Rukiah Talib manakala Senator Rohani Abdullah kekal di Kemaman.

Seramai 13,756 perwakilan dari 1,019 cawangan meliputi ahli Wanita (5,098), Pemuda (4,927) dan Puteri (3,731) Terengganu membuat penentuan pemimpin pilihan masing-masing semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO negeri, Datuk Muda Mamat berkata, secara keseluruhannya 48 calon menang tanpa bertanding bagi kesemua jawatan utama termasuk pengerusi dan timbalan pengerusi ketiga-tiga sayap.

Beliau secara umumnya berpuas hati dengan proses pemilihan jawatankuasa peringkat sayap yang berlangsung dengan anggaran 99 peratus daripada perwakilan keluar menunaikan tanggungjawab.

"Walaupun pada mulanya ada kekeliruan sikit mengenai kertas undi Pusat dengan bahagian, tapi ia bukan masalah besar dan ia segera diatasi cuma proses pemilihan yang melibatkan ramai calon bersaing mengambil masa yang panjang untuk membilang undi," ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia

Lampiran:Tiada rekod
 
Tiada rekod
 
 


 

Ingatlah!!!, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.


Bilangan Pelawat: 0000033700Bilangan Pelawat: 0000033700Bilangan Pelawat: 0000033700Bilangan Pelawat: 0000033700Bilangan Pelawat: 0000033700Bilangan Pelawat: 0000033700Bilangan Pelawat: 0000033700Bilangan Pelawat: 0000033700Bilangan Pelawat: 0000033700Bilangan Pelawat: 0000033700