Carian :
Suhu Kini 28°C
| 11 Mei 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« Mei 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
   1234
5678910
11
12131415161718
19202122232425
262728293031 
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > sukan

DUA PEMAIN IMPORT TERENGGANU KE BUMI KENYALANG HADAPI SERAWAK
Kategori:sukan
 

Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan menerbangkan dua pemain import ke Bumi Kenyalang bagi membantu Skuad Penyu menentang Sarawak sekiranya lulus pemeriksaan kesihatan hari ini.

Setiausaha PBSNT, Abdullah Salleh berkata, pemeriksaan kesihatan itu menjadi satu syarat kepada pemain-pemain asing oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Kita sedang menunggu keputusan pemeriksaan kesihatan daripada hospital,” katanya hari ini.

Dalam Liga Super tahun ini, Terengganu menggunakan khidmat dua pemain import iaitu Francis Forkey Doe dari Liberia dan Erison Da Silva Santos Carnieto dari Brazil.

Abdullah berkata, beliau berharap masalah itu akan selesai hari ini bagi membolehkan kedua-dua pemain itu beraksi di Stadium Negeri Sarawak, Kuching malam esok setelah Terengganu mengharungi dua perlawanan sebelum ini tanpa pemain import.

Sementara itu, jurulatih Mohd Zan Mat Aris berkata, Terengganu akan turun sebagai ‘underdog’ apabila bertemu Sarawak di Kuching malam esok.

Menurutnya, ini kerana pasukan bumi kenyalang itu merupakan antara pasukan terbaik dan boleh menggugat Terengganu dalam pertandingan Liga Super musim ini.

Bekas jurulatih Kuala Lumpur itu berkata, beliau telah mengingatkan anak-anak buahnya supaya memberikan persembahan terbaik bagi memastikan Terengganu tidak kecundang.

Mohd Zan berkata, kecederaan beberapa pemain tidak merisaukannya kerana pasukan itu mempunyai ramai pemain simpanan yang tidak kurang hebatnya untuk diturunkan.

Terengganu yang juga juara Piala FA 2011 setakat ini memperolehi tiga mata hasil kemenangan 3-0 menentang pasukan Felda United baru-baru ini dan kalah dengan pasukan Perak 0-1.
 

Lampiran:
 
Tiada rekod
 
 


 

"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya"


Bilangan Pelawat: 0000033730Bilangan Pelawat: 0000033730Bilangan Pelawat: 0000033730Bilangan Pelawat: 0000033730Bilangan Pelawat: 0000033730Bilangan Pelawat: 0000033730Bilangan Pelawat: 0000033730Bilangan Pelawat: 0000033730Bilangan Pelawat: 0000033730Bilangan Pelawat: 0000033730