Carian :
Suhu Kini 28°C
| 10 Mei 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« Mei 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
   1234
56789
10
11
12131415161718
19202122232425
262728293031 
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > Artikel

TERENGGANU SASAR 4 JUTA PELANCONG
Kategori:Artikel
 

Terengganu sasar 4 juta pelancong


Oleh : SURIATI BINTI ALI

Terengganu menyasarkan kedatangan empat juta pelancong ke negeri itu pada tahun ini berbanding 3.9 juta yang datang pada tahun lalu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said, berkata sasaran itu mampu dicapai memandangkan bilangan pelancong yang berkunjung ke Terengganu pada tahun lalu itu melebihi sasaran 3.8 juta orang.

"Walaupun pulau peranginan hanya dibuka pada April serta keadaan cuaca dan keadaan ekonomi kurang memberangsangkan tahun lalu, kedatangan pelancong ke Terengganu masih meningkat dengan baik.

"Ini menunjukkan satu pertambahan kedatangan pelancong yang membanggakan kita," katanya.

Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, apabila projek Kawasan Bebas Cukai di Tasik Kenyir siap kelak, Terengganu mampu menarik sehingga lima juta pelancong setahun.

“Sejajar dengan hasrat kerajaan menjadikan bidang pelancongan sebagai sumber pendapatan utama selepas minyak dan gas, lebih banyak hotel dan kemudahan penginapan akan disediakan di negeri itu bagi memenuhi permintaan pelancong,” katanya.

Unit Komunikasi Negeri.

Lampiran:Tiada rekod
 
Tiada rekod
 
 


 

Ingatlah!!!, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.


Bilangan Pelawat: 0000033694Bilangan Pelawat: 0000033694Bilangan Pelawat: 0000033694Bilangan Pelawat: 0000033694Bilangan Pelawat: 0000033694Bilangan Pelawat: 0000033694Bilangan Pelawat: 0000033694Bilangan Pelawat: 0000033694Bilangan Pelawat: 0000033694Bilangan Pelawat: 0000033694