Carian :
Suhu Kini 28°C
| 10 Mei 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« Mei 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
   1234
56789
10
11
12131415161718
19202122232425
262728293031 
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > Sukan

TCNG CUNGKIL PELAPIS SUKAN DI DAERAH-DAERAH
Kategori:Sukan
 

18.2.2011- Terengganu City Night Games  (TCNG)  akan  menjelajah ke setiap daerah mulai bulan depan  bagi mencungkil bakat baru dan pelapis sukan khususnya sukan yang berprestasi tinggi seperti basikal serta kanu.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Haji Rozi Mamat, berkata  TCNG yang dijalankan di lokasi yang sama berhampiran Kompleks Sukan Negeri,  Gong Badak, Kuala Terengganu  setiap bulan sejak tiga tahun lalu akan diadakan di setiap daerah pula mengikut giliran dan bergantung kepada persediaan daerah yang mahu menjadi tuan rumah.

Katanya, TCNG di Gong Badak yang merangkumi sukan berprestasi tinggi, sukan lasak dan sukan massa, acara hiburan, persembahan, pameran, jualan dan demonstrasi bukan hanya membuka peluang kepada masyarakat setempat tanpa mengira peringkat umur untuk menyertainya, malahan turut menarik penyertaan peminat sukan dari negeri lain seperti Kelantan, Pahang dan Kedah.

Haji Rozi berkata, pelbagai acara sukan yang dipertandingkan di TCNG (Gong Badak) termasuk hoki, bola jaring, boling padang, memanah, kanu, lumba basikal, `drift car’, lumba kereta kawal dan `motorcross’ yang lazimnya dijalankan pada minggu ketiga setiap bulan.

“Bagaimanapun, sukan TCNG di daerah  adalah mengikut kesesuaian dan sukan teras yang lazimnya popular di kawasan itu, selain persiapan tuan rumah untuk menganjurkan sukan tertentu.

“Sebagai contoh, pada Februari katakan  Hulu Terengganu akan menjadi tuan rumah, diikuti Mac di Kemaman dan  Besut pada bulan berikutnya,”katanya selepas merasmikan TCNG di Kompleks Sukan Negeri,  Gong Badak, Kuala Terengganu,  petang semalam (18 Februari) .

Beliau berkata, TCNG menjadi landasan mempelbagaikan aktiviti di persekitaran kompleks sukan (Gong Badak), mempelbagaikan aktiviti malam minggu, membantu menghindarkan remaja dari gejalan kurang sihat dan menjadi produk yang menarik pelancong ke Terengganu.

 SUMBER

Unit Komunikasi Negeri

Lampiran:Tiada rekod
 
Tiada rekod
 
 


 

Ingatlah!!!, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.


Bilangan Pelawat: 0000033654Bilangan Pelawat: 0000033654Bilangan Pelawat: 0000033654Bilangan Pelawat: 0000033654Bilangan Pelawat: 0000033654Bilangan Pelawat: 0000033654Bilangan Pelawat: 0000033654Bilangan Pelawat: 0000033654Bilangan Pelawat: 0000033654Bilangan Pelawat: 0000033654