Carian :
Suhu Kini 28°C
| 10 Mei 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« Mei 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
   1234
56789
10
11
12131415161718
19202122232425
262728293031 
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > Sukan

ANUAR HILANG JERSI BIRU
Kategori:Sukan
 

30.1.2011- HASRAT pelumba sensasi negara, Anuar Manan untuk mengekalkan Jersi Biru (Raja Pecut) tidak kesampaian apabila ia dirampas semula oleh pelumba pasukan Farnese Vini-Neri Sottoli, Andrea Guardini dari Itali selepas berakhir peringkat ketujuh dari Banting ke Tampin, semalam.

Guardini lebih bergembira apabila dia memenangi peringkat sejauh 149.5 kilometer itu, peringkat keempat yang dimenanginya pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun ini, sesudah melepasi garisan penamat dengan masa tiga jam 24 minit dan 57 saat.


Robert Forster dari United Healthcare Pro Cycling dan Dene Rogers dari Giant Kenda Pro Cycling Team masing-masing menduduki tangga kedua dan ketiga peringkat ketujuh, semalam. Guardini kini mengungguli Jersi Biru dengan 84 mata diikuti Anuar dengan 70.

Bagaimanapun, pelumba Le Tua Cycling Team (L2A), Libardo Nino Corredor dari Colombia masih kekal mengungguli Jersi Kuning sebagai pendahulu keseluruhan jelajah yang akan berakhir Selasa ini.


Namun hanya dua saat memisahkan Corredor dengan pelumba di tangga kedua, Jonnatha Monsalve dari pasukan Androni Giocattoli manakala rakan sepasukan Monsalve, Emanuele Sella di tangga ketiga, 19 saat di belakang.
Perlumbaan peringkat kelapan hari ini adalah dari Kuala Pilah ke Jasin sejauh 156.5km.

SUMBER

HARIAN METRO  ( 30.1.2011 )

Lampiran:Tiada rekod
 
Tiada rekod
 
 


 

Ingatlah!!!, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.


Bilangan Pelawat: 0000033628Bilangan Pelawat: 0000033628Bilangan Pelawat: 0000033628Bilangan Pelawat: 0000033628Bilangan Pelawat: 0000033628Bilangan Pelawat: 0000033628Bilangan Pelawat: 0000033628Bilangan Pelawat: 0000033628Bilangan Pelawat: 0000033628Bilangan Pelawat: 0000033628