Carian :
Suhu Kini 28°C
| 10 Mei 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« Mei 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
   1234
56789
10
11
12131415161718
19202122232425
262728293031 
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > Sukan

AZIZULHASNI TEPATI RAMALAN AWAL
Kategori:Sukan
 

SEPERTI diramal, jaguh lumba basikal trek negara, Mohd. Azizulhasni Awang muncul selaku pemenang Anugerah Atlet Terbaik Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100Plus 2009 yang berlangsung di Hotel Hilton, Petaling Jaya, semalam.

Azizulhasni dipilih meraih anugerah tersebut menerusi undian yang dijalankan sepenuhnya oleh ahli-ahli SAM setelah enam atlet disenarai pendekkan dengan kerjasama dari Majlis Sukan Negara (MSN).

Sepanjang penampilannya pada tahun 2009, pelumba berusia 22 tahun itu telah meraih pelbagai gelaran di pentas antarabangsa.

Antara pencapaian terbaiknya ialah meraih pingat emas acara keirin pada Kejohanan Piala Dunia IV di Beijing, China.

Azizulhasni turut meraih emas acara 200 meter pecut individu pada Kejohanan Kebangsaan Colombia.

Selaku penerima anugerah tersebut, Azizulhasni membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 beserta trofi.

Kejayaan itu juga menyaksikan Azizulhasni mengenepikan lima lagi calon lain iaitu ratu skuasy, Datuk Nicol David, jaguh, Datuk Lee Chong Wei, Daniel Bego (renang), penerjun negara, Leong Mun Yee-Pandelela Rinong dan juga skuad badminton wanita negara.

Azizulhasni yang tidak dapat hadir semalam kerana masih menjalani latihan serta menuntut di Universiti Deakin di Melbourne, Australia, sempat dihubungi melalui temu bual secara langsung menerusi panggilan telefon pada majlis tersebut.

“Anugerah ini nanti bakal menjadi suntikan semangat kepada diri saya untuk mencipta lebih banyak kejayaan bagi mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa,” jelas Azizulhasni yang diwakili oleh ibunya, Selamiah Yong pada majlis semalam.

Sementara itu, skuad bola sepak bawah 23 (B-23) negara pula menerima anugerah khas iaitu Outdo Yourself yang mula diperkenalkan pada tahun ini.

Anugerah tersebut diberikan berikutan kejayaan skuad kendalian K. Rajagobal itu menamatkan kemarau selama 20 tahun apabila berjaya merangkul pingat emas pada temasya Sukan SEA di Laos Disember tahun lalu.

Tetamu kehormat, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyampaikan anugerah pada majlis itu.

Turut hadir ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Pengurus Hal Ehwal Korporat F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd., Datuk Kamal Harun.

 

Ihsan KOSMO

22.02.2010

 

Lampiran:Papar Fail Lampiran(PDF)
 
Tiada rekod
 
 


 

Ingatlah!!!, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.


Bilangan Pelawat: 0000033696Bilangan Pelawat: 0000033696Bilangan Pelawat: 0000033696Bilangan Pelawat: 0000033696Bilangan Pelawat: 0000033696Bilangan Pelawat: 0000033696Bilangan Pelawat: 0000033696Bilangan Pelawat: 0000033696Bilangan Pelawat: 0000033696Bilangan Pelawat: 0000033696