Carian :
Suhu Kini 28°C
| 11 Mei 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« Mei 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
   1234
5678910
11
12131415161718
19202122232425
262728293031 
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > Sukan

AZIZULHASNI, FATIHAH ATLIT TERBAIK TERENGGANU
Kategori:Sukan
 

SUKAN berbasikal mendominasi Majlis Anugerah Sukan Terengganu 2007/2008 apabila acara itu membolot empat anugerah utama, kelmarin.

Selain Azizulhasni Awang dan Fatihah Mustafa yang masing-masing dipilih Olahragawan dan Olahragawati Terengganu, turut terpilih, Mohd Harris Salleh sebagai Olahragawan Harapan. Syed Mohd Husaini Syed Mazlan pula menerima anugerah Jurulatih Terbaik.

Azizul dan Fatihah yang sekarang ini sedang berlatih di Australia, menerima wang tunai RM7,000, trofi dan sijil.

Hadiah disampaikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said kepada ibu Azizulhasni, Selamiah Yong, manakala Fatihah diwakili bapanya, Mustafa Kassim pada majlis yang diadakan di Wisma Darul Iman itu.

Harris dan penembak Athirah Hamzah yang dipilih Olahragawati Harapan, masing-masing menerima RM2,500.

Anugerah Pasukan Terbaik Lelaki dan Wanita, masing-masing dimenangi skuad ragbi dan lawn bowl Sukma XII 2008 manakala Persatuan Silat Negeri Terengganu dipilih Persatuan Terbaik.

Bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad dipilih penerima anugerah Tokoh Sukan Terengganu sebagai mengenang jasanya terhadap pembangunan sukan di negeri itu.

Sementara itu, arwah Kamaruddin Maidin, atlit lompat kijang dan bekas pemain bola sepak, Yahya Jusoh turut disenaraikan untuk menerima anugerah Jasamu Dikenang.

 

IHSAN

METRO ( 29.12.09 )

Lampiran:
 
Tiada rekod
 
 


 

"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya"


Bilangan Pelawat: 0000033730Bilangan Pelawat: 0000033730Bilangan Pelawat: 0000033730Bilangan Pelawat: 0000033730Bilangan Pelawat: 0000033730Bilangan Pelawat: 0000033730Bilangan Pelawat: 0000033730Bilangan Pelawat: 0000033730Bilangan Pelawat: 0000033730Bilangan Pelawat: 0000033730