Carian :
Suhu Kini 28°C
| 10 Mei 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« Mei 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
   1234
56789
10
11
12131415161718
19202122232425
262728293031 
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > Sukan

MENTERI CERIA KEJAYAAN AZIZULHASNI
Kategori:Sukan
 

KUALA LUMPUR - Kejayaan Azizulhasni Awang membuktikan dirinya pelumba pecut No. 1 di Asia buat tahun kedua berturut-turut setelah memenangi acara pecut lelaki pada Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) di Velodrom Tenggarong dekat Samarinda, Kalimantan kelmarin membuatkan hati Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berbunga ceria.

Beliau melahirkan rasa bangganya kepada atlet berbasikal tersebut kerana berjaya mengekalkan tahap kecergasan dan persembahan baik yang konsisten di kejohanan besar.

"Ini merupakan satu petanda dan harapan besar Malaysia untuk merealisasikan satu pingat emas di Sukan Olimpik London 2012 semakin cerah. Jika Azizulhasni terus mengekalkan prestasi baik seperti ini, tidak mustahil negara mampu memperoleh emas di sana nanti.

"Dia merupakan harapan emas kepada negara. Ia menjadikan harapan ini menjadi realistik. Apa yang saya harapkan, dia terus berusaha dan konsisten dengan persembahannya. Saya akan melawatnya di Australia nanti," katanya di sini, semalam.

Ahmad Shabery turut mengakui bahawa dia sering kali berhubung dengan jaguh pecut negara itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan laman web sosial, Facebook.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai pencapaian skuad badminton negara pada Kejohanan Badminton Dunia baru-baru ini, Ahmad Shabery berkata, dia akan berbincang dengan pengurus dan pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengenai keputusan tersebut dan mahu mencari strategi terbaik.

Katanya, perbincangan tersebut besar kemungkinan akan menilai strategi terbaik untuk Datuk Lee Chong Wei dan pemain negara lain sama ada mengejar ranking dunia atau menumpu kepada kejohanan-kejohanan tertentu seperti yang dilakukan oleh pemain No. 1 dunia, Lin Dan.

"Meskipun bukan pemain No. 1 dunia, pemain China itu masih menganggap dia yang terbaik kerana memenangi kejohanan-kejohanan penting," kata Ahmad Shabery.

Ditanya adakah kejohanan Mini Olimpik baru-baru ini yang adakan sebelum Kejohanan Badminton Dunia itu memberi kesan negatif kepada Chong Wei dan menyebabkannya keletihan di India, beliau berkata, ia adalah dua perkara berlainan.

Jelasnya, kejohanan besar di India dilihat memberi tekanan besar kepada pemain No. 1 dunia dari Malaysia itu, sebaliknya kejohanan Mini Olimpik sekadar latihan kepada Chong Wei sebelum beraksi di India.

 

UTUSAN MALAYSIA

18 OGOS 2009

Lampiran:Tiada rekod
 
Tiada rekod
 
 


 

Ingatlah!!!, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.


Bilangan Pelawat: 0000033626Bilangan Pelawat: 0000033626Bilangan Pelawat: 0000033626Bilangan Pelawat: 0000033626Bilangan Pelawat: 0000033626Bilangan Pelawat: 0000033626Bilangan Pelawat: 0000033626Bilangan Pelawat: 0000033626Bilangan Pelawat: 0000033626Bilangan Pelawat: 0000033626