Carian :
Suhu Kini 28°C
| 11 Mei 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« Mei 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
   1234
5678910
11
12131415161718
19202122232425
262728293031 
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > Sukan

ATLET ANGKAT BERAT SERTAI KEJOHANAN MINI OLIMPIK
Kategori:Sukan
 

KUALA TERENGGANU - Tiga atlet angkat berat Terengganu yang terpilih mewakili negeri pada kejohanan Angkat Berat Mini Olimpik di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 1 ogos ini menyasarkan sekurang-kurangnya tempat ketiga dalam semua kategori dipertandingkan.

     Tiga atlet yang terpilih menyertai kejohanan itu nanti adalah Khairul Ridhwan Amran bagi kategori 56 kilogram, Abdul Mubin Rahim bagi kategori 85 kilogram dan Azaruddin Nordin bagi kategori 77 kilogram.

     Seorang lagi atlet yang terpilih tetapi tidak dapat bersama-sama pada kejohanan itu adalah Amirul Hisyam kerana mengalami kecederaan akibat kemalangan. Pengurunya, Mustafa Ahmad berkata, pihaknya tidak berani meletakkan sasaran yang terlalu tinggi kerana atlet yang menyetai kejohanan itu sememangnya atlet hebat.

     "Meraka yang menyertai kejohanan itu nanti adalah mereka yang menduduki tangga ke enam ke atas dalam senarai, justeru sudah tentu atlet negeri lain juga mempunyai kehebatan masing-masing," katanya ketika ditemui sinar harian.

     Menurut Mustafa, pencapaian atlet ketika ini amat memuaskan, bagaimanapun pihaknya tidak dapat menganggarkan kemampuan sebenar apabila berdepan pihak lawan nanti.

     "Jika kita lihat ketika atlet menjalankan latihan sudah memuaskan tetapi kami masih tidak yakin mahu meletakkan sasaran yang tinggi. Justeru, kami akan sentiasa berusaha memantapkan persembahan pada saingan nanti dan akan berusaha melakukan yang terbaik," katanya.

     Sementara, jurulatih angkat berat Terengganu, Mohd Shukri Taib berkata, bagi memastikan kemantapan dan persediaan yang cukup untuk menghadapi kejohanan itu nanti, pihaknya mengadakan latihan pada waktu siang dan malam.

     "oleh kerana sukan ini memerlukan latihan yang banyak untuk terus mengekalkan kecermelangan, kami sudah tidak mempunyai masa yang panjang, langkah terbaik adlah menambahkan masa latihan pada waktu malam," katanya.

     Menurut Mohd Shukri, mereka yang terpilih menyertai kejohanan itu berpeluang untuk dipilih menyertai skuad kebangsaan pula. "Jika mereka mampu mempamerkan persembahan yang menarik, kemungkinan pada tahun depan mereka akan diplih untuk menjadi atlet skuad kebangsaan," katanya.

 

 

Lampiran:Tiada rekod
 
Tiada rekod
 
 


 

"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya"


Bilangan Pelawat: 0000033728Bilangan Pelawat: 0000033728Bilangan Pelawat: 0000033728Bilangan Pelawat: 0000033728Bilangan Pelawat: 0000033728Bilangan Pelawat: 0000033728Bilangan Pelawat: 0000033728Bilangan Pelawat: 0000033728Bilangan Pelawat: 0000033728Bilangan Pelawat: 0000033728