Carian :
Suhu Kini 28°C
| 10 Mei 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« Mei 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
   1234
56789
10
11
12131415161718
19202122232425
262728293031 
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > PERMOHONAN

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PROJEK PELANCONGAN DI NEGERI TERENGGANU
Kategori:PERMOHONAN
 

 

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PROJEK PELANCONGAN

DI NEGERI TERENGGANU

 

Semua permohonan hendaklah dikemukakan dalam lapan (8) salinan berukuran A4 (21cm x 29cm) yang mengandungi maklumat-maklumat di bawah:-

 

1.                  Jenis perusahaan pelancongan dipohonkan (Hotel, Resort, Chalet dan sebagainya).

2.                  Kedudukan syarikat (sama ada sudah ditubuhkan atau belum untuk menjalankan perusahaan itu).

 

(a)     Jika Tanah Milik :-

 

Nyatakan keterangan tanah seperti nombor lot, nombor hakmilik, mukim dan juga daerah dan kembarkan salinan hakmilik tanah serta pelan kunci tanah berkenaan.

 

(b)     Jika Tanah Kerajaan :-

 

Sila sertakan pelan tapak berasaskan pelan yang (dibeli dari Jabatan Ukur).

 

3.                  Kedudukan syarikat (sama ada sudah ditubuhkan atau belum untuk menjalankan perusahaan itu).

 

4.                  Nama syarikat (jika belum ditubuhkan, berikan nama cadangan).

 

5.                  Taraf syarikat (syarikat berhad/sendirian/perkongsian).

 

6.                  Nombor dan tarikh pendaftaran syarikat.

 

7.                  Alamat dan nombor telefon syarikat.

 

8.                  Jumlah modal yang diluluskan.

 

9.                  Jumlah modal yang telah dibayar/terkumpul.

 

10.              Jumlah modal permulaan yang diperlukan.

 

11.              Sumber modal (sekiranya syarikat tidak mempunyai modal yang cukup, bagaimanakah cara untuk mendapatkan modal tersebut. Jika akan dipinjam sila buktikan cagaran dengn menyerta dokumen berkaitan atau hakmilik yang akan dicagarkan)

 

12.              Sertakan salinan ”Memorandum and Articles of Association” dan ”Certificate of Incorporation” bagi syarikat sendirian berhad atau Sijil Akuan Pendaftaran Perniagaan bagi perkongsian/perniagaan. Sertakan juga Borang 49 dan Borang 24. Jika salinan, sila sahkan oleh Setiausaha berlesen bagi syarikat berkenaan.

 

13.              Sekiranya terdapat perubahan/pertukaran di dalam pemegangan saham atau Lembaga Pengarah, sila sertakan borang-borang berkenaan yang dikemaskini dan yang disahkan oleh setiausaha berlesen bagi syarikat berkenaan.

 

14.              Nyatakan bilangan tenaga pekerja yang akan digunakan mengikut peringkat-peringkat pekerjaan.

 

15.              Nyatakan bentuk-bentuk ganjaran/kebajikan yang akan diberikan kepada para pekerja seperti insentif, perubatan percuma, insuran berkelompok dan sebagainya.

 

16.              Butir-butir Ahli-ahli Lembaga Pengarah/Pengurus:-

 

(a)      Nama

(b)     No. Kad Pengenalan

(c)      Alamat

(d)     Pangkat dalam syarikat/perniagaan

(e)      Pekerjaan tetap dan pendapatan

(f)       Lain-lain pekerjaan dan pendapatan

(g)      Pendapatan dan sumber-sumber lain

(h)      Nama bank dan no. Akaun bank

(i)        Jumlah saham yang dimiliki dalam syarikat

(j)       Harta yang dimiliki (disertakan salinan dokumen yang berkenaan)

 

17.              Pengalaman Pengarah Urusan/Pengurus di dalam bidang perusahaan yang dipohon.

 

18.              Senarai harta-harta yang dipunyai oleh Lembaga Pengarah.

 

19.              Butir-butir pemegang saham yang lain

(a)      Nama

(b)     No. Kad Pengenalan

(c)      Alamat

(d)     Pekerjaan tetap dan pendapatan

(e)      Jumlah saham yang dimiliki dalam syarikat

 

20.              Senarai pertangungan harta syarikat serta kembarkan salinan dokumen ’title’nya.

 

21.              Nama bank dan nombor akaun syarikat.

 

22.              Cara pengurusan/pentadbiran akaun syarikat.

 

23.              Kertas kerja yang lengkap dikemukakan bagi perusahaan yang dipohon. Kertas kerja tersebut hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut dengan secara terperinci.

 

(i)            Tujuan:

 

Tujuan kertas kerja yang dikemukakan hendaklah disebut dengan terang.

 

              (ii)      Latar belakang:

           

Hendaklah menyatakan keadaan-keadaan yang memerlukan projek yang dipohon itu dijalankan. Matlamat sasaran/ kumpulan pelancong, kemudian tersedia dan tempat tarikan tersedia atau akan disediakan

 

(iii)         Huraian Projek:

 

Hendaklah membentangkan dengan secara terperinci mengenai projek yang dicadangkan serta jangkaan pembinaan akan dimula dan jangkaan akan mula beroperasi.

 

(iv)        Anggaran Kos dan Pendapatan:

 

Semua kos pembinaan, pengurusan dan pendapatan yang terlibat dalam melaksanakan projek ini hendaklah dibentang. Penyata anggaran untung rugi serta jangkaan Aliran Wang (Cash Flow Projection) hendaklah dibentangkan.

 

(v)          Justifikasi:

 

Hendaklah dikemukakan dari segi ‘economic viability’ dan technical feasibility. Kesan-kesan lain yang diwujudkan daripada projek tersebut terutama dari segi sosial hendaklah dikemukakan juga. Sekiranya terdapat ’pre-feasibility’ atau ’feasibility’ terutamanya kajian ke atas pasaran atau kajian kesan ke atas alam sekeliling (Environmental Impact Assesment), laporan-laporan berkenaan hendaklah dikemukakanjuga.

 

(vi)        Pelan susun atur bangunan/binaan atas tanah yang dipohon projek ini.

 

(vii)       Hal-hal lain:

 

Perkara-perkara yang dapat menyokong permohonan.

 

Kesemua maklumat dan kertas kerja hendaklah dialamatkan kepada:

 

            PENGARAH

            UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI

            TINGKAT 12 & 13, WISMA DARUL IMAN

            20503 KUALA TERENGGANU

            (PELANCONGAN & SEKTOR PERKHIDMATAN)

 

            Tel       :           09-6231957/6276564/6276438

            Fax      :           09-6234278/09-6246989

 

INGATAN:

 

1.                  Hendaklah memastikan dasar 60% pekerja tempatan dilaksanakan semasa pelaksanaan projek dan selepas ianya memulakan operasi.

 

2.                  Hendaklah memastikan 50% bahan binaan yang digunakan untuk pelaksanaan projek ini adalah dari sumber tempatan.

 

3.                  Bagi projek di sekitar sempadan Santuari Penyu Rantau Abang akan dirujuk kepada Majlis Penasihat Santuari Penyu yang akan mengenakan syarat antara lain bangunan tidak boleh melebihi dua (2) tingkat.

 

4.                  Bagi projek ditepi pantai tertakluk kepada syarat yang antaranya tidak boleh dibina bangunan kira-kira 60 meter darigaris air pasang tinggi.

 

5.                  Bagi pembinaan resort di pulau-pulau peranginan, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kali 38/2006 telah menghadkan kepada 10 buah bilik penginapan bagi 1 ekar tanah.

 

6.                  Bagi projek di atas pulau dalam kawasan Taman Laut tertakluk kepada syarat EIA, syarat Jabatan Perikanan dan lain-lain termasuk kebenaran diberi hnya untuk dibina dan tidak lebih dua (2) tingkat dan nisbah tapak bangunan ialah sebagaimana disebut dalam garis panduan dan pembangunan pulau. Permohonan tanah kerajaan di Pulau Perhentian dan pulau ditutup.

 

7.                  Permohonan yang lengkap dengan maklumat yang dikehendaki sahaja akan diporses dan tkalimat oleh pemohon kepada Jawatankuasa akan dimaklumkan jika didapati perlu.

 

8.                  Setiap permohonan yang diluluskan hanya sah untuk tempoh satu (1) tahun. Adalah menjadi tugas pemohon merayu disambung tempoh kelulusan dengan disertakan sebabnya. Jika tidak, kelulusan tersebut dianggap batal secara automatik.

 

Disediakan Oleh

 

 

 

UNIT PERANCANG EKONOMI NEGERI

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI

TERENGGANU

Lampiran:Tiada rekod
 
Tiada rekod
 
 


 

Ingatlah!!!, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.


Bilangan Pelawat: 0000033696Bilangan Pelawat: 0000033696Bilangan Pelawat: 0000033696Bilangan Pelawat: 0000033696Bilangan Pelawat: 0000033696Bilangan Pelawat: 0000033696Bilangan Pelawat: 0000033696Bilangan Pelawat: 0000033696Bilangan Pelawat: 0000033696Bilangan Pelawat: 0000033696