Carian :
Suhu Kini 28°C
| 11 Mei 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« Mei 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
   1234
5678910
11
12131415161718
19202122232425
262728293031 
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > artikel

PADAH CURI KAIN BATIK
Kategori:artikel
 KUALA TERENGGANU- Padah mencuri 10 helai kain batik yang bernilai RM280, seorang buruh terpaksa meringkuk dalam penjara selama seminggu dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu di sini, semalam. Tertuduh, Mohd Khairi Noh @ Mohd Noh, 29, didapati bersalah setelah mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dihadapinya di hada-pan Majistret Noradila Ab Latif manakala pendakwaan dibuat oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor V Ravi. Berdasarkan pertuduhan pertama, kira-kira jam 11 pagi pada 1 Januari lalu, bertempat di kedai kain atas Pasar Kedai Payang, tertuduh telah melakukan curi dalam bangunan yang digunakan sebagai tempat kediaman manusia dan tempat menyimpan harta curi bernilai RM280 daripada milikan Muhamad Ismail, 46, seorang peniaga. Dengan itu, dia telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh boleh sampai 10 tahun dan boleh dikenakan denda dan bagi kesalahan kali kedua atau kemudian, hendaklah diseksa dengan penjara dan bolehlah dikenakan sebat. Setelah mendengar pengakuan bersalah tertuduh, Majistret Noradila kemudiannya menjatuhkan huku-man penjara selama seminggu dan denda RM2,000. Jika gagal membayar denda, hukuman sebulan penjara akan dikenakan. Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didapati gagal membawa kad pengenalan dan didapati telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara. Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan penjara tidak lebih tiga tahun dan denda tidak lebih RM3,000. Majistret Noradila kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM200 bagi pertuduhan kedua. Jika gagal membayarnya, hukuman seminggu penjara akan dikenakan. Mengikut fakta kes, pada 1 Januari lalu, kira-kira jam 11 pagi, pengadu iaitu Muhamad Ismail berada di kedainya iaitu di Pasar Kedai Payang manakala tertuduh datang ke kedai itu untuk membeli kain. Pengadu kemudiannya telah pergi ke bahagian sebelah lagi kedai itu dan meninggalkan tertuduh untuk memilih kain. Bagaimanapun, selang beberapa minit, pengadu diberitahu oleh pemilik kedai sebelah lelaki itu bahawa tertuduh telah mencuri kain. Pengadu kemudian terus memegang lelaki tersebut dan memeriksa begnya. Dia mendapati tertuduh telah mencuri 10 helai kain batik pelbagai warna, lalu menghubungi polis dan menyerahkannya kepada pihak polis.
Lampiran:
 
Tiada rekod
 
 


 

"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya"


Bilangan Pelawat: 0000033730Bilangan Pelawat: 0000033730Bilangan Pelawat: 0000033730Bilangan Pelawat: 0000033730Bilangan Pelawat: 0000033730Bilangan Pelawat: 0000033730Bilangan Pelawat: 0000033730Bilangan Pelawat: 0000033730Bilangan Pelawat: 0000033730Bilangan Pelawat: 0000033730