Carian :
Suhu Kini 28°C
| 10 Mei 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« Mei 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
   1234
56789
10
11
12131415161718
19202122232425
262728293031 
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > artikel

LEBIH 200 PELAJAR TERENGGANU TIBA DI JEDDAH
Kategori:artikel
 

Sebahagian pelajar Malaysia kumpulan pertama seramai 356 yang di bawa dari Mesir dengan pesawat Malaysia Arilines (MAS) dan AirAsia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah, semalam.


Oleh : Zulkipli bin CW. Putera

Laporan: Kamarudin Mat Akib

Lebih 200 pelajar Terengganu yang sedang menuntut di Mesir sudah dipindahkan di Jeddah dan menunggu masa untuk diterbangkan ke tanah air.

Mereka dijangka pulang ke tanah air bersama-sama pelajar dari negeri-negeri lain setelah urusan visa selesai.

Hari ini lebih ramai pelajar dijangka tiba di Jeddah selepas mereka diterbangkan dari Mesir ke Jeddah oleh beberapa pesawat yang diuruskan Kerajaan Malaysia.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said berkata, beradasarkan laporan yang diterima urusan membawa keluar pelajar Malaysia, termasuk dari Terengganu ke Jeddah berjalan lancar dan ia akan selesai dalam beberapa hari ini.

“Ibu bapa pelajar Terengganu yang menuntut di Mesir boleh berhubung terus dengan sekretariat bilik operasi yang ditubuhkan kerajaan di Jeddah bagi mendapatkan laporan terkini mengenai anak-anak mereka,” katanya kepada wartawan Unit Komunikasi di Shah Alam, hari ini.

Beliau berharap ibu bapa bersabar dan pihak kerajaan sudah melakukan yang terbaik bagi membawa segera pelajar yang berada di negara yang bergolak itu itu pulang ke tanah air.

Sumber: Unit Komunikasi Negeri

Lampiran:Tiada rekod
 
Tiada rekod
 
 


 

Ingatlah!!!, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.


Bilangan Pelawat: 0000033710Bilangan Pelawat: 0000033710Bilangan Pelawat: 0000033710Bilangan Pelawat: 0000033710Bilangan Pelawat: 0000033710Bilangan Pelawat: 0000033710Bilangan Pelawat: 0000033710Bilangan Pelawat: 0000033710Bilangan Pelawat: 0000033710Bilangan Pelawat: 0000033710