Carian :
Suhu Kini 28°C
| 10 Mei 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« Mei 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
   1234
56789
10
11
12131415161718
19202122232425
262728293031 
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > Keratan Akhbar

MAIDAM MAJUKAN TANAH BAITULMAL
Kategori:Keratan Akhbar
 

(Berita Harian 9 September 2005)

Kuala Terengganu : Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) akan memajukan sebahagian daripada tanah Baitulmal di negeri ini dengan melaksanakan pelbagai projek, termasuk pembinaan bangunan perniagaan dan perumahan. Sehingga kini Maidam memiliki tanah seluas 189.1 hektar milik Baitulmal dianggar bernilai lebih RM27.8 juta dan 96 hektar tanah Wakaf dianggarkan bernilai RM6.8 juta. Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Datuk Alwi Muhamad, berkata keluasan tanah Baitulmal di daerah Kuala Terengganu ialah 61.9 hektar dianggarkan bernilai RM1.8 juta,Dungun (31.5 hektar bernilai RM500,000) dan 50 hektar di daerah Hulu Terengganu yang dianggarkan bernilai RM336,671.

Katanya , keluasan tanah Baitulmal di Kemaman ialah 37.8 hektar bernilai RM800,000, Marang (39.5 hektar bernilai RM578,958), Besut (17.8 hektar bernilai RM40,000.

“Kita memajukan tanah Baitulmal dengan projek pembangunan termasuk mambina bangunan kedai dan perumahan yang dibiarkan terbiar. Semua bangunan kedai serta perumahan yang akan dibina di tanah Baitulmal akan diberi sewa dan dengan cara itu hasil Maidam yang sebelum ini bergantung sepenuhnya kepada kutipan zakat akan bertambah,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

Alwi berkata, jumlah keseluruhan bangunan kedai milik Maidam yang telahpun didirikan ialah sebanyak 161 unit bernilai RM40 juta sudah disewakan. Katanya, Maidam akan mambina 94 unit rumah teres dan  tujuh kedai taman perumahan Maidam di daerah Kuala Terengganu dan 32 unit rumah serta 10 kedai di Kemaman. “Maidam membuat keputusan tidak akan menjualkan rumah yang akan dibina, sebaliknya ia akan diberi sewa kepada penduduk yang berpendapatan rendah,” katanya.

Lampiran:Tiada rekod
 
Tiada rekod
 
 


 

Ingatlah!!!, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.


Bilangan Pelawat: 0000033682Bilangan Pelawat: 0000033682Bilangan Pelawat: 0000033682Bilangan Pelawat: 0000033682Bilangan Pelawat: 0000033682Bilangan Pelawat: 0000033682Bilangan Pelawat: 0000033682Bilangan Pelawat: 0000033682Bilangan Pelawat: 0000033682Bilangan Pelawat: 0000033682