Carian :
Suhu Kini 28°C
| 10 Mei 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« Mei 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
   1234
56789
10
11
12131415161718
19202122232425
262728293031 
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > BERITA TERKINI

KONVENSYEN MENINGKAT MUTU KERJA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2009
Kategori:BERITA TERKINI
 

Johan Keseluruhan, Konvensyen Meningkat Mutu Kerja Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2009 iaitu Pejabat Jabatan Kerja Raya Daerah Kemaman bergambar bersama-sama YB. Setiausaha Kerajaan Terengganu.

 

5 Julai 2009 : Pejabat Kerja Raya Daerah, Kemaman telah mencipta kejutan setelah berjaya menjadi Juara Keseluruhan Konvensyen Meningkat Mutu Kerja Peringkat Negeri Terengganu Kali ke 21 Tahun 2009 yang telah diadakan di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.  Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Mokhtar bin Nong, Setiasaha Kerajaan, Terengganu.

Sementara itu Pejabat Kerja Raya Daerah Kemaman telah muncul sebagai Johan KMK Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2009 Bahagian Teknikal.  Sebanyak 12 Jabatan Negeri dan Persekutuan telah menyertai pertandingan ini antaranya Kategori Teknikal Jabatan Pembedahan Am (Hospital Sultanah Nur Zahirah), Pejabat Pendaftara Negara Daerah, Kemaman, Klinik Pergigian Besar, Kuala Terengganu, Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman, Jabatan Kerja Raya Daerah Kemaman dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kerteh Kemaman.

Bagi Kategori Pengurusan disertai oleh Pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang (Kerandang), Jabatan Kehakiman Syariah Kuala Terengganu, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (Hospital Sultanah Nur Zahirah), Klinik Kesihatan Hiliran Kuala Terengganu, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh YB Haji Mokhtar Bin Nong, Setiausaha Kerajaan Terengganu.

 

Lampiran:Tiada rekod
 
Tiada rekod
 
 


 

Ingatlah!!!, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.


Bilangan Pelawat: 0000033630Bilangan Pelawat: 0000033630Bilangan Pelawat: 0000033630Bilangan Pelawat: 0000033630Bilangan Pelawat: 0000033630Bilangan Pelawat: 0000033630Bilangan Pelawat: 0000033630Bilangan Pelawat: 0000033630Bilangan Pelawat: 0000033630Bilangan Pelawat: 0000033630