Carian :
Suhu Kini 28°C
| 11 Mei 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« Mei 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
   1234
5678910
11
12131415161718
19202122232425
262728293031 
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > YPKT Dan Komuniti

PEGAWAI DUN, YPKT LAWAT WARGA EMAS KOMA AKIBAT STROK
Kategori:YPKT Dan Komuniti
 

KAMPUNG UNDANG - Seorang warga emas, Mariam @ Minah Embong, 58, di kampung Undang kini terlantar koma sejak lapan hari lalu, selepas terkena strok buat kali kedua.

Suaminya, Mohd Ali Awang, 69, berkata, ia disebabkan komplikasi penyakit darah tinggi dan kencing manis yang dideritai isterinya sejak sekian lama.

Menurutnya, akibatnya, Mariam kini terlantar koma di rumah namun, dapat memberi sedikit tindak balas seperti batuk dan menggerakkkan anggota badan.

"Sebelum ini, isteri saya pernah kena strok sejak setahun lalu, menyebabkan dia tidak dapat berjalan selama tiga bulan namun, kembali pulih selepas itu, dan dia cuma lumpuh tangan kiri.

" Tetapi, strok kali kedua yang dihadapinya agak teruk sehingga menyebabkan koma sejak lapan hari yang lalu," katanya ketika ditemui di kediamannya, semalam.

Sebelumi tu, Mohd Ali menerima kunjungan daripada Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Bukit Payong, Zaidi Muda dan Pegawai Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu ( YPKT ) Daerah Marang, Zahari Mat.

Turut serta, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung ( JKKK ) Undang, Mohamad Abdullah dan ahli Kelab Ibu Tunggal DUN Bukit Payong.
 

Dalam lawatan itu, Zaidi turut menyerahkan bantuan berupa hamper dan beras kepada keluarga berkenaan.

Menurut Mohd Ali, pihaknya berterima kasih atas keprihatinan pihak berkenaan yang sudi datang menziarahinya dan keluarga.

"Terima kasih kerana sudi datang melawat dan memberi bantuan kepada keluarga kami. Bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kami sekeluarga," katanya yang kini menetap bersama anaknya.

Lampiran:Tiada rekod
 
Tiada rekod
 
 


 

"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya"


Bilangan Pelawat: 0000033720Bilangan Pelawat: 0000033720Bilangan Pelawat: 0000033720Bilangan Pelawat: 0000033720Bilangan Pelawat: 0000033720Bilangan Pelawat: 0000033720Bilangan Pelawat: 0000033720Bilangan Pelawat: 0000033720Bilangan Pelawat: 0000033720Bilangan Pelawat: 0000033720