Carian :
Suhu Kini 28°C
| 10 Mei 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« Mei 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
   1234
56789
10
11
12131415161718
19202122232425
262728293031 
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > Berita Ringkas

BERNAMA : BANJIR DI TERENGGANU SEMAKIN BAIK
Kategori:Berita Ringkas
 

KUALA TERENGGANU, 8 Nov (Bernama) -- Banjir yang melanda empat daerah di Terengganu sejak Jumaat lepas pada umumnya semakin baik pagi ini dengan bilangan mangsa yang berada di pusat pemindahan kini hanya 57 orang berbanding 534 orang petang semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Majlis Keselamatan Negara, Terengganu berkata sehingga pukul 9 pagi ini empat pusat pemindahan masih beroperasi iaitu masing-masing satu di Besut, Dungun, Hulu Terengganu dan Setiu.

Di Besut, pusat pemindahan yang masih dibuka ialah di Sekolah Kebangsaan Kampung La (satu keluarga enam orang), di Sekolah Kebangsaan Tok Kah, Dungun (tiga keluarga sembilan orang), Balai Raya Kampung Bukit Tadok Hulu Terengganu (tujuh keluarga 28 orang) dan Dewan Sivik Sungai Tong (empat keluarga 14 orang).

Jurucakap itu berkata Jalan Tok Kah-Lintang, Dungun ditutup kepada semua kenderaan ringan kerana ditenggelami air setinggi 0.5 meter.

Sementara di Hulu Terengganu jalan-jalan yang ditutup ialah Jalan Matang-Nibong di Kampung Telemong dan Jalan Bukit Perah-Kampung Jah, masing-masing ditenggelami air sedalam satu meter dan ditutup kepada semua kenderaan.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan paras air sungai Nerus di Kampung Bukit pada pukul 9 pagi ini masih ditahap bahaya.

Kedudukan paras air di situ ialah 12.98 meter (bahaya 12 meter).

Bagaimanapun, jurucakap itu berkata pada keseluruhannya paras air di sungai-sungai utama di Terengganu yang berada ditahap bahaya dua hari lepas kini berada pada tahap biasa.

Cuaca di Terengganu pada Ahad kembali terang.

Sumber daripada BERNAMA, 8 November 2009 :
http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=453412&cat=tm

Lampiran:Tiada rekod
 
Tiada rekod
 
 


 

Ingatlah!!!, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.


Bilangan Pelawat: 0000033696Bilangan Pelawat: 0000033696Bilangan Pelawat: 0000033696Bilangan Pelawat: 0000033696Bilangan Pelawat: 0000033696Bilangan Pelawat: 0000033696Bilangan Pelawat: 0000033696Bilangan Pelawat: 0000033696Bilangan Pelawat: 0000033696Bilangan Pelawat: 0000033696