Carian :
Suhu Kini 28°C
| 10 Mei 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« Mei 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
   1234
56789
10
11
12131415161718
19202122232425
262728293031 
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > Liputan Semasa

BANTUAN BENCANA : MALAYSIA TERBAIK DI DUNIA
Kategori:Liputan Semasa
 

Perdana Menteri, Dato Seri Mohd.Najib tun Razak tegas menyifatkan bahawa kerajaan Malaysia merupakan kerajaan terbaik di dunia dalam memberi bantuan kepada rakyatnya yang ditimpa bencana.
 

“Saya berani menyatakan demikian kerana di negara-negara maju sekalipun, bantuan seumpama ini tidak berlaku dengan baik dan ini menunjukkan bahawa kerajaan amat mengutamakan kepentingan dan keperluan rakyat”, katanya  ketika berucap pada Majlis Penyerahan Bantuan Ihsan Bencana Banjir Daerah Kuala Terengganu di Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak pada Ahad 6 Disember 2009.
 

Pada majlis tersebut  Perdana Menteri  menyampaikan bantuan sebanyak RM300 kepada 363 mangsa banjir di sekitar daerah Kuala Terengganu.
 

Hadir sama, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Tengku Putera Awang, Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Ahmad Shabery Cheek, Setiausaha Kerajajan, Dato’ Mokhtar Nong dan pimpinan setempat.
 

Mereka yang terbabit dengan banjir itu rata-rata melahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih di atas kecaknaan kerajaan membantu, sehinggakan Perdana Menteri sendiri sanggup turun padang menemui mereka.
 

“Inilah pemimpin dan kerajaan yang dicita-citakan oleh rakyat selaras dengan slogan rakyat didahulukan, kata mereka.
 

Dato’ Seri Mohd.Najib juga memaklumkan dalam majlis tersebut /Kerajaan Pusat akan menyalurkan peruntukkan sebanyak RM55.6 juta bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara menerusi Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana.
 

“Pengagihan bantuan ihsan akan dibuat secara adil kepada semua mangsa sama ada mereka berpindah atau tidak akibat banjir, “ tegasnya.
 

Katanya, jumlah tersebut dijangka meningkat bergantung kepada perkembangan semasa keadaan banjir yang sering melanda negara kebelakangan ini.
 

Kerajaan akan sentiasa menyediakan bantuan kepada rakyat yang menjadi mangsa dalam pelbagai bentuk bantuan dan keadaan.Jika dinilai bantuan yang diberikan kepada mangsa banjir ia merangkumi bantuan yang menyeluruh termasuk penempatan perpindahan yang selesa, penyediaan pelbagai jenis makanan, kerosakan harta benda dan wang tunai, katanya lagi.
 
Setiap pengagihan perlu disahkan oleh Majlis Keselamatan Negeri (MKN) dengan kerjasama agens-agensi kerajaan yang lain bagi membolehkan mereka menerima wang ihsan berkenaan.
 
Perdana Menteri juga menyarankan supaya pembangunan yang lebih lestari amat perlu dilakukan oleh semua pihak bagi mengelak kejadian banjir.

Lampiran:
 
Tiada rekod
 
 


 

Ingatlah!!!, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.


Bilangan Pelawat: 0000033626Bilangan Pelawat: 0000033626Bilangan Pelawat: 0000033626Bilangan Pelawat: 0000033626Bilangan Pelawat: 0000033626Bilangan Pelawat: 0000033626Bilangan Pelawat: 0000033626Bilangan Pelawat: 0000033626Bilangan Pelawat: 0000033626Bilangan Pelawat: 0000033626