Carian :
Suhu Kini 28°C
| 10 Mei 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« Mei 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
   1234
56789
10
11
12131415161718
19202122232425
262728293031 
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > Liputan Semasa

BAJET NEGERI 2015 YANG DITUNGGU RAKYAT KELUAR DARI KEPOMPONG ‘KETULAAN’
Kategori:Liputan Semasa
 Bajet Negeri yang sebelum ini hambar dan biasa-biasa sahaja, tetapi bertukar menjadi bajet yang ditunggu-tunggu dan melekat di hati rakyat. Ia terkeluar sama sekali dari amalan KETULAAN yang sering disebut oleh Dato’ Ahmad Razif dan kini beliau telah membawar keluar dari kepompong ketulaan itu. Itulah kebijaksanaan Menteri Besar, Dato’ Haji Ahmad Razif Abd Rahman dan para pemikir yang berada di belakangnya yang telah menukarkan sama sekali corak dan pendekatan pembentangan bajet melalui isi kandung yang merakyat, yang begitu dekat di hati rakyat. Seorang pengayuh beca yang berpusat di Pasar Besar Kedai Payang, Abd Wahab Abd Rahman,69 tahun menyatakan: “lama doh kita duduk tunggu-tunggu, maka keluar MB Dato’ Razif bahawa kita orang akan dapat RM200 sebulan”. Nada kata-katanya itu cukup menggambarkan bahawa itulah bajet yang menyentuh hati rakyat, termasuk di kalangan rakyat golongan bawahan seperti itu. Pembawa bot penambang, Salahuddin Hassan juga sedemikian, kerana akan turut menerima RM200 sebulan. Penulis teramat dekat dengan mereka ini (pengayuh beca dan pengusaha bot penambang) dan pernah menulis di ruangan ini sebelum ini tentang kisah kehidupan mereka di bawah tajuk Saudagar Senja. Alhamdulillah barangkali Menteri Besar, Dato’ Haji Ahmad Razif dan para pemikir (think tank) atau Pusat Transformasi Rakyat (PUTRA) yang mendokong dan memandu perjalanan kerajaan pimpinannya mengambil kira golongan seperti ini, selaras dengan Transformasi Terengganu Baru (TTB) yang berteraskan sifat ‘Insklusif’ atau menghormati pandangan ramai dan rakyat. Pengguna bas bandar di sekitar Kuala Terengganu ini juga gembira dengan pengumuman bahawa mereka akan naik dengan percuma mulai tahun depan; rata-rata mereka golongan berpendapatan rendah amat gembira, malah terharu sekali dengan sikap kepemimpinan negeri Terengganu sekarang. Hadiah kelahiran anak, RM100 yang dimasukkan ke dalam SSPN-i untuk masa depan pendidikan bayi yang akan membesar itu juga cukup hebat kecaknaan kerajaan negeri. Pengumuman tentang bantuan untuk peniaga kampung, bantuan ibu tunggal berniaga, bantuan pesakit miskin dan kronik, baik pulih rumah orang miskin dan sebagainya lagi; kesemuanya amat menyentuh hati rakyat. Bagi pelajar pula pengumuman baucer RM500 untuk setiap yang masuk ke IPT bagi menampung pembelian komputer riba, kesediaan kerajaan negeri menanggung bayaran caj pengurusan 1 peratus PTPTN pelajar Terengganu, makmal bahasa, hadiah kepada setiap pelajar yang memperolehi 5A UPSR , bonus untuk guru-guru pintar Al Quran dan sebagainya sungguh dinanti-nantikan. Pusat Hemodialisis dan Rehabilitasi di setiap Parlimen juga suatu sumbangan besar kerajaan negeri yang dinanti-nanti oleh rakyat. Perkara-perkara yang dilihat KECIL, sebenarnya AMAT BESAR DI SISI RAKYAT, itulah yang menjadi pegangan Dato’ Ahmad Razif. Ini adalah Bajet pertama beliau,’ bertema melastarikan budi memacu transformasi’ setelah dilantik menerajui Menteri Besar pertengahan Mei lalu dan mungkin untuk tahun-tahun akan datang akan lebih banyak perkara demi untuk rakyat bakal diumumkan. Tahniah kepada Dato’ Haji Ahmad Razif, PUTRA dan semua pihak Pejabat Kewangan Negeri, UPEN , Pejabat Dewan Undangan Negeri dan semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakan Bajet Rakyat ini. Ahmad Razif terlalu dekat DI HATI RAKYAT! AHMAD RAZIF DATANG UNTUK MENOLONG ANDA SEMUA, PENGAYUH BECA, PEMBAWA BOT PENAMBANG, PENGGUNA BAS BANDAR, ORANG SAKIT,IBU TUNGGAL, ORANG MISKIN, PELAJAR, PENIAGA , PETANI, NELAYAN, IBU YANG MELAHIRKAN ANAK, GURU AL QURAN KAKITANGAN AWAM DAN SEMUANYA………………….
Lampiran:
 
Tiada rekod
 
 


 

Ingatlah!!!, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.


Bilangan Pelawat: 0000033696Bilangan Pelawat: 0000033696Bilangan Pelawat: 0000033696Bilangan Pelawat: 0000033696Bilangan Pelawat: 0000033696Bilangan Pelawat: 0000033696Bilangan Pelawat: 0000033696Bilangan Pelawat: 0000033696Bilangan Pelawat: 0000033696Bilangan Pelawat: 0000033696