Carian :
Suhu Kini 28°C
| 10 Mei 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« Mei 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
   1234
56789
10
11
12131415161718
19202122232425
262728293031 
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > KATA ALUAN

KENAIKAN ELAUN IMAM, BILAL DI TERENGGANU LIBATKAN KOS RM8.7 JUTA - AHMAD
Kategori:KATA ALUAN
 

SUMBER : http://www.bernama.com

 Kerajaan negeri Terengganu akan menaikkan elaun 2,194 imam dan bilal masjid kampung di seluruh negeri itu, yang melibatkan perbelanjaan lebih RM8.7 juta setahun. Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata pada masa ini, kadar elaun imam dan bilal tidak selaras serta dibayar mengikut kategori masing-masing, iaitu skim A RM650, skim B RM625 dan skim C RM600 bagi imam, manakala bagi bilal, skim A RM450, skim B RM425 dan skim C RM400. "Sekarang ini kita buat satu kategori sahaja, iaitu elaun imam RM800 dan bilal RM600," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco hari ini. Beliau berkata elaun baru itu akan dibayar mulai Januari tahun ini. Ahmad berharap dengan penambahan elaun itu, imam dan bilal akan memberi perkhidmatan terbaik bagi mengimarahkan masjid masing-masing. Katanya, kerajaan negeri sentiasa memberi peluang dan ruang bagi meningkatkan syiar Islam seperti membina masjid baru yang lengkap dengan rumah bilal, tempat kelas tambahan, bilik jenazah serta kemudahan lain. -- BERNAMA

Lampiran:Tiada rekod
 
Tiada rekod
 
 


 

Ingatlah!!!, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.


Bilangan Pelawat: 0000033652Bilangan Pelawat: 0000033652Bilangan Pelawat: 0000033652Bilangan Pelawat: 0000033652Bilangan Pelawat: 0000033652Bilangan Pelawat: 0000033652Bilangan Pelawat: 0000033652Bilangan Pelawat: 0000033652Bilangan Pelawat: 0000033652Bilangan Pelawat: 0000033652