Carian :
Suhu Kini 28°C
| 10 Mei 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« Mei 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
   1234
56789
10
11
12131415161718
19202122232425
262728293031 
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > Umum

KENYATAAN AKHBAR PENGHANTARAN PELAJAR KEMBALI KE MESIR
Kategori:Umum
 

KENYATAAN AKHBAR / SIARAN
PENGHANTARAN PELAJAR KEMBALI
KE MESIR TAJAAN MAIDAM



Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dalam mesyuaratnya pada 20 Februari 2011 telah bersetuju untuk membiayai sebahagian kos tambang kembali ke Mesir kepada pelajar-pelajar tajaan MAIDAM berjumlah 300 orang.

2.    Memandangkan YAB Dato’ Seri Menteri Besar telah pun mengeluarkan kenyataan bagi menyediakan sebuah kapal terbang sewa khas bagi membawa pelajar-pelajar kembali ke Mesir, MAIDAM akan mengguna kemudahan ini. Kadar bayaran sebanyak RM 1,500,00 seorang pelajar akan dibayar bagi membiayai sewa khas ini. Jumlah keseluruhan peruntukan ialah RM 450,000,00. Tarikh berlepas dan urusan penerbangan akan dimaklumkan oleh pihak Kerajaan Negeri.

3.    Bagi persiapan pelajar untuk berangkat ke Mesir, MAIDAM akan membantu menguruskan permohonan Visa dari Kedutaan Mesir. Oleh itu pelajar diminta hadir pada 8 Mac 2011 mulai jam 9.00 pagi untuk urusan mengambil gambar Visa yang diurus oleh MAIDAM (jurugambar disediakan) di pejabat MAIDAM. Urusan ditanggung oleh MAIDAM :-

i)    Menyediakan jurugambar (untuk gambar Visa).
ii)    Menyediakan borang Visa.
iii)    Menanggung kos gambar dan caj permohonan Visa.
iv)    Mengumpul dan mengurus permohonan Visa dengan pihak kedutaan.
v)    Fotostat bahagian hadapan passport.
vi)    Fotostat kad matrik / surat lapor diri universiti.
vii)    Fotostat cop keluar airport Kaherah atauIskandariah.

4.    Pelajar tajaan MAIDAM yang akan kembali semula ke Mesir diminta hadir sendiri dan bawa bersama Passport Antarabangsa untuk urusan permohonan Visa. Sebarang penjelasan lanjut boleh berhubung dengan Ustaz Nazli Amirri bin Ngah nombor telefon pejabat 09-6303030 atau 013-981 1898.

   
Ketua Pegawai Eksekutif,
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu.
06 Mac 2011
 

Lampiran:Tiada rekod
 
Tiada rekod
 
 


 

Ingatlah!!!, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.


Bilangan Pelawat: 0000033682Bilangan Pelawat: 0000033682Bilangan Pelawat: 0000033682Bilangan Pelawat: 0000033682Bilangan Pelawat: 0000033682Bilangan Pelawat: 0000033682Bilangan Pelawat: 0000033682Bilangan Pelawat: 0000033682Bilangan Pelawat: 0000033682Bilangan Pelawat: 0000033682