Carian :
Suhu Kini 28°C
| 11 Mei 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« Mei 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
   1234
5678910
11
12131415161718
19202122232425
262728293031 
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > Keratan Akhbar

WARGA EMAS BELUM TERLAMBAT BERSENAM
Kategori:Keratan Akhbar
 Manfaat seperti aktiviti fizikal sejak usia muda LONDON: Mereka yang tidak selalu bersenam sehingga mencapai umur 50 tahun masih boleh memperoleh manfaat daripada aktiviti fizikal, tetapi mungkin mengambil masa lama merasai kesannya, kata seorang penyelidik Sweden. Kajian yang membabitkan 2,205 lelaki dari Sweden yang diikuti selama lebih 20 tahun mulai usia 50 tahun menunjukkan mereka yang menunggu sehingga lewat usia untuk memulakan aktiviti fizikal boleh mendapat manfaat seperti mereka yang mengamalkan senaman sejak usia muda. "Orang muda sememangnya diketahui mendapat manfaat daripada senaman tetapi ini adalah kali pertama kami dapat menunjukkan bahawa orang tua juga boleh mendapat manfaat daripada aktiviti fizikal," kata Liisa Byberg, penyelidik di Universiti Uppsala, Sweden. "Tidak terlambat untuk memulakannya." Penyelidik membahagikan suka rela berkenaan kepada kumpulan aktiviti tinggi, sederhana dan rendah. Kira-kira separuh daripada lelaki berkenaan melaporkan senaman tahap tinggi, menyamai sekurang-kurangnya aktiviti sukan atau melakukan kerja berat di kebun selama tiga jam setiap minggu. Kira-kira satu pertiga menyatakan mereka bersenam secara sederhana, dengan berjalan dan mengayuh basikal, sementara yang lain melakukan sedikit atau tiada senaman langsung, lapor penyelidik berkenaan dalam Jurnal Perubatan British. Berita Harian Selasa, 10/03/2009
Lampiran:Tiada rekod
 
Tiada rekod
 
 


 

"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya"


Bilangan Pelawat: 0000033720Bilangan Pelawat: 0000033720Bilangan Pelawat: 0000033720Bilangan Pelawat: 0000033720Bilangan Pelawat: 0000033720Bilangan Pelawat: 0000033720Bilangan Pelawat: 0000033720Bilangan Pelawat: 0000033720Bilangan Pelawat: 0000033720Bilangan Pelawat: 0000033720