Carian :
Suhu Kini 28°C
| 23 Nov 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« November 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
     12
3456789
10111213141516
171819202122
23
24252627282930
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > Artikel Sumber Air

JIMATKAN PENGGUNAAN AIR
Kategori:Artikel Sumber Air
 

JIMATKAN PENGGUNAAN AIR

 Air merupakan keperluan asas kita yang memainkan pelbagai peranan yang penting dalam kehidupan seharian. Menurut Majlis Air Sedunia, permintaan terhadap air akan berlipat kali ganda dalam tempoh 20 tahun. Pada tahun 1950, hanya 12 negara dengan jumlah penduduk seramai 20 juta orang mengalami masalah kekurangan air tetapi dijangka pada tahun 2050, sebanyak 65 buah negara akan terbabit, melibatkan seramai 7 billion orang.

Memandangkan permintaan air bersih kian meningkat sedangkan sumbernya semakin berkurangan, maka langkah penjimatkan dan pemulihan perlu dilakukan.

Langkah-langkah untuk menjimatkan air

Mandian

  • Kurangkan jumlah dan masa mandian
  • Tutup pili air ketika bersabun atau bersyampu
  • Menggunakan sabun dan syampu berasaskan organik lebih menjimatkan air kerana ia kurang berbuih dan memerlukan air yang kurang untuk membilas

 Penggunaan Tandas

  • Curahkan air yang pernah digunakan (air basuh tangan atau sayur-sayuran) daripada menggunakan pengepam.
  • Pasang peralatan dua-pam dalam sistem pengepaman. Berbanding dengan sistem biasa yang menggunakan 10 liter air setiap kali pam, sistem dua-pam hanya menggunakan 6 liter bagi pengepaman penuh dan 3 liter untuk pengepaman separuh.
  • Guna tandas cangkuk bagi penggunaan yang singkat.

Membasuh Kenderaan

  • Kurangkan membasuh kenderaan
  • Semasa membasuh, gunakan baldi dan kain dan elak dari menggunakan hos

Menyiram

  • Gunakan air yang dikitar semula seperti air basuh sayuran dan tangan
  • Gunakan bekas atau baldi untuk mengisi air untuk menyiram daripada memancur dengan hos taman
  • Letakkan bekas di bawah pasu bunga untuk menahan air keluar. Ini dapat mengurangkan kekerapan untuk menyiram.

Mencuci Lantai

  • Jangan gunakan hos atau mencurah air di atas lantai untuk mencuci, selalu gunakan pengelap lantai.
  • Gunakan cecair pencuci yang kurang berbuih
  • Sapu lantai lebih kerap untuk mengelakkan debu dan habuk berkumpul. Debu yang terkumpul akan menyukarkan pencucian dan ia memerlukan lebih banyak cecair pencuci dan air

 

Mencuci Pakaian

  • Kumpul dan cuci pakaian dalam mesin basuh apabila mencukupi muatannya.
  • Gunakan serbuk pencuci yang mesra alam kerana ia kurang berbuih dan menjimatkan air. Ia juga tidak mencemarkan alam sekitar dan air basuhan ini juga boleh digunakan untuk mencuci kenderaan, menyiram pokok dan sebagainya.

 

 sumber daripada : Berita Harian, Rabu, 19 Oktober 2011.

 

 

Lampiran:Tiada rekod
 
Tiada rekod
 
 


 

"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya"


Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169