Carian :
Suhu Kini 28°C
| 23 Nov 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« November 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
     12
3456789
10111213141516
171819202122
23
24252627282930
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > Sains dan Teknologi

MOSTI AMBIL LEBIH RAMAI PROFESIONAL
Kategori:Sains dan Teknologi
 

PUTRAJAYA: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) akan mengambil lebih ramai kumpulan pakar dan profesional untuk mengisi pelbagai jawatan pengurusan tertinggi berikutan penstrukturan semula organisasi bagi melaksanakan pelan tindakan model inovasi baru.

Menterinya, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, berkata kementerian memerlukan tenaga profesional dan pakar dalam bidang fizik, matematik, ekonomi, kewangan dan pemasaran sama ada daripada sektor awam, swasta atau universiti.

Katanya, empat jawatan pengurusan kanan seperti ketua jabatan dan 68 jawatan pengurusan dan profesional yang diwujudkan itu akan diisi sepanjang tahun ini dan penyelarasan gaji bagi jawatan berkenaan dilaksanakan mengikut sektor swasta.


"Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meluluskan penstrukturan semula organisasi kementerian ini bulan lalu. Ini bermakna Mosti diberi keupayaan melaksanakan tugas membina landasan mewujudkan ekonomi baru berasaskan ilmu untuk membina produk, menentukan dana pembiayaan, memasar dan menjenamakan ke pasaran antarabangsa.

"Dulu, kementerian mempunyai ramai pakar dan profesional bidang sains saja tetapi kini kita memerlukan juga individu yang memiliki kepakaran kewangan, pemasaran dan penjenamaan untuk menggerakkan model inovasi baru yang dapat menjana sektor ekonomi baru," katanya pada sidang media di sini semalam.

Terdahulu, beliau menghadiri majlis perhimpunan bulanan Mosti di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Kong Cho Ha.

Jamaluddin berkata, model inovasi baru yang diluluskan Kabinet dan Majlis Inovasi Negara bulan lalu itu memberi penekanan kepada penerokaan peluang pertumbuhan ekonomi baru dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), bioteknologi dan eksport bahan komoditi dengan nilai tambah.

Sehubungan itu, katanya, Mosti memerlukan kerja sama kementerian lain serta institut pengajian tinggi (IPT) untuk merealisasikan model inovasi baru yang turut mensasarkan penjenamaan pengeluaran produk syarikat tempatan bertaraf dunia.

 

Lampiran:Tiada rekod
 
Tiada rekod
 
 


 

"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya"


Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169