Kategori | : | Kejuruteraan |
PENGENALAN STRUKTUR, REKABENTUK & KOMPONEN BANGUNAN 1.0 STRUKTUR Struktur boleh ditafsirkan sebagai anggota-anggota yang dipasang antara satu sama lain dengan penyambungan yang sesuai dan selamat bagi menghasilkan suatu kerangka yang berupaya menanggung beban yang dijangkakan. Sebelum sesuatu bangunan itu dibina satu kajian menyeluruh akan dibuat oleh perekabentuk untuk memastikan struktur bangunan itu mampu menanggung beban yang akan dikenakan keatasnya. Kajian ini adalah penting dalam proses membina sebuah bangunan kerana ia akan menentukan keselamatan dan ketahanan sesuatu struktur itu. Beban yang dikenakan sentiasa berbeza dari satu bangunan dengan satu bangunan yang lain kerana kegunaan berbeza dan ini memerlukan kajian struktur yang menyeluruh untuk setiap bangunan yang hendak dibina. Proses rekabentuk struktur ini boleh dibahagikan kepadadua (2) peringkat iaitu: Rekabentuk struktur ialah proses kedua setelah daya-daya diperolehi dari analisis struktur. Peringkat ini melibatkan pemilihan saiz-saiz elemen struktur serta pengiraan tetulang yang diperlukan (bagi kes struktur konkrit tetulang) . Rekabentuk dilakukan berpandukan kod(kanun) amalan yang diperakukan. Di negara ini kita masih menggunakan secara meluas kod-kod amalan negara maju terutama kod Piawaiwan British. Namun begitu kod-kod US, Jepun, German dan Australia juga digenakan oleh mereka yang lebih mahir dengan kod-kod tersebut. Perkembangan kejuruteraan dari masa,ke semasa menyebabkan piawaian yang dipakai dikemaskini oleh pihak yang mengeluarkan dan ini mengakibatkan perubahan kepada kaedah dan tuntutan rekabentuk kini tidak dapat dielakan. Khidmat Jurutera yang mahir serta penggunaan komputer adalah keperluan asas dalam membuat rekabentuk struktur dekad ini. Analisa, rekabentuk dan lukisan-lukisan pembinaan ringkas seperti sebuah rumah banglo atau dewan boleh dihasilkan dalam masa hanya sehari pada waktu ini dibandingkan sekitar seminggu sebelum ujudnya komputer. 3.1 RASUK Rasuk merupakan komponen mendatar yang menanggung beban-beban bumbung, lantai, dan dinding serta beban kenaan (live load). Ianya menahan beban secara mengatasi lenturan, ricih dan puntiran (Torsion). Kadang kala rasuk bertindak sebagai pengikat. a) Papak rentangan sehala b) Papak dua hala c) Papak Pipih 5.0 DINDING KONKRIT Elemen kepingan tegak yang mungkin menanggung beban tegak atau mendatar. Dinding boleh jadi dirembat atau tidak dirembat dan pendek atau lansing. 6.0 TANGGA Tangga merupakan papak condong rentang sehala berfungsi sebagai penghubung antara-satu tingkat ke satu tingkat yang lain.6.1 Jenis-jenis tangga Komponen tegak yang menanggung beban paksi vang diagihkan oleh rasuk.
7.1 Jenis-jenis tiang
a) Di rembat b) Tak di rembat c) Pendek d) Langsing Komponen ini memindahkan dan menyebarkan beban keseluruhan struktur kepada tanah. a) Penapak terasing (Pad footing) 9.0 TETULANG Dalam kes struktur yang dibina dari konkrit bertetulang, bar-bar keluli diletakan di dalam konkrit tetulang untuk menahan daya tegangan dan juga untuk membantu menanggung daya mampatan dalam struktur. Bar tetulang juga merahan ricih dan mengelakan keretakan berlaku. a) R Bar bulat keluli sederhana (Mild Steel) | ||
Lampiran | : | Tiada rekod |
"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya" |
Tarikh terakhir kemaskini: 18-09-2013