Kategori | : | Keratan Akhbar |
KUALA TERENGGANU – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan perkenalkan kaunter bayaran zakat secara bergerak pada tahun depan bagi memudahkan orang ramai membayar zakat. Yang Dipertua Maidam, Datuk Senara Muda Datuk Mazlan Hashim berkata, bagi tujuan itu, pihaknya menyediakan sebuah van bernilai kira-kira RM 180,000 dan kenderaan itu sedang diubahsuai. “Van ini akan bergerak dari daerah ke satu daerah,” katanya kepada pemberita selepas menerima bayaran zakat perniagaan sebanyak RM 45,667 dari Bank Simpanan Nasional (BSN) di pejabat Maidam, semalam. Zakat perniagaan itu diserahkan oleh Pengarah BSN Terengganu, Mohd Hafis Hashim. Menurut Mazlan, sepanjang tahun lalu, Maidam berjaya mengutip zakat sebanyak RM 76 juta dan jumlah itu dijangka meningkat kepada RM 80 pada tahun ini. Beliau berkata, bagi enam bulan pertama tahun ini, pungutan zakat adalah sebanyak RM 24 juta dan ia bertambah sebanyak RM 2.8 juta berbanding tahun sebelumnya bagi tempoh sama. Kita harap dapat sasaran kutipan zakat tahun ini dapat dicapai,” katanya. Sumber : Sinar Harian Rabu 08 Jun 2011 | ||
Lampiran | : | Tiada rekod |
Ingatlah!!!, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman. |
Tarikh terakhir kemaskini: 18-09-2013