Kategori | : | SUKMA |
Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan cuti umum bagi seluruh negeri itu Ahad ini sempena kemenangan skuad bolasepak negeri itu menjulang Piala FA Sabtu lalu. Cuti peristiwa itu juga sempena kejayaan kontinjen Terengganu menjuarai Sukan Malaysia (Sukma) ke-14 di Kuala Lumpur, yang berakhir semalam, buat kali ketiga berturut-turut. Ahmad Said membuat pengumuman itu pada sambutan meraikan wira skuad Penyu dan Sukma di Dataran Shahbandar yang dihadiri kira-kira 10,000 penyokong. Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden Persatuan Bolasepak Terenggganu, Datuk Che Mat Jusoh dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Rozi Mamat. Ahmad Said berkata cuti umum itu sebagai penghargaan kepada pemain dan juga peminat yang sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada arena sukan tempatan. Atlet Sukma yang memenangi emas pada kejohanan itu bakal menerima RM5,000 setiap seorang, RM3,000 untuk pingat perak dan RM2,00 untuk pingat gangsa. Oleh TEGANUKU | ||
Lampiran | : |
"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya" |
Tarikh terakhir kemaskini: 18-09-2013