Carian :
Suhu Kini 28°C
| 23 Nov 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« November 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
     12
3456789
10111213141516
171819202122
23
24252627282930
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > SUKMA

KEJUARAAN BERGANDA TERENGGANU
Kategori:SUKMA
 

Impian Terengganu untuk muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (Sukma) Ke-14 Kuala Lumpur, akhirnya terlaksana apabila skuad bola baling melengkapkan pingat emas ke-30 buat kontinjen `Hanelang’ pulang ceria.

Selain Sukma, Terengganu terlebih dahulu berjaya menafikan Kelantan, dalam saingan akhir perebutan Piala FA yang berlangsung penuh dramatik di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam semalam, sekaligus menceriakan seluruh rakyat serta kepimpinan negeri yang menanti piala itu sejak 11 tahun lalu.


Sehingga tamat semua acara pada temasya Sukma semalam, juara bertahan dari edisi Sukma 2008 dan Sukma Melaka 2010, Terengganu terus kekal di tangga teratas kutipan pingat keseluruhan dengan meraih 28 emas, tujuh perak dan 12 gangsa diikuti Selangor (24, 18, 27) dan Johor (21, 20, 11).

Skuad sofbol wanita menghadiah pingat emas ke-29 buat Terengganu sebelum bola baling menamatkan penguasaan Terengganu dengan menghadiahkan pingat emas terakhir, petang ini.

Terengganu mencapai 23.26 peratus daripada keseluruhan 129 pingat emas yang ditawarkan dalam Sukma kali ini.

Sebelum ini, perebutan untuk bergelar juara keseluruhan lebih terarah kepada Terengganu dan Selangor yang dipisahkan menerusi empat pingat emas.

Selangor kekal di tangga kedua dengan pungutan 26 emas, 18 perak dan 28 gangsa. Pingat emas terakhir diraih kontinjen itu menerusi sofbol lelaki dan bola baling wanita.

Manakala Johor di tangga ketiga dengan 21 emas, 20 perak dan 12 gangsa, diikuti Negeri Sembilan di kedudukan keempat 16 emas, 11 perak dan 19 gangsa.

Berbanding dengan edisi sebelum ini, Sukan Malaysia yang bermula secara temasya tahunan mulai tahun ini dengan berselang seli dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dan negeri-negeri, hanya mempertandingkan 19 acara pilihan.

Acara penutup temasya sepuluh hari itu akan disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek di Stadium Mini MSN di Bukit Jalil, malam ini.

TERENGGANU HANELANG!!!

Unit Komunikasi Negeri

Lampiran:
 
Tiada rekod
 
 


 

"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya"


Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169