Carian :
Suhu Kini 28°C
| 23 Nov 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« November 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
     12
3456789
10111213141516
171819202122
23
24252627282930
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > SUKMA

TERENGGANU SASAR KEKAL JUARA SUKMA KALI KEEMPAT
Kategori:SUKMA
 

22 JUN 2011

Terengganu mensasarkan 58 pingat emas pada Sukan Malaysia (Sukma) Ke-14 Pahang tahun depan sebagai misi untuk mengekalkan kejuaraan dalam temasya itu buat kali keempat berturut-turut selepas meraihnya pada Sukma 2008 sehingga 2011 yang lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, YB Haji Rozi Mamat, berkata kerajaan negeri tetap optimis mampu mencapai sasaran itu berdasarkan persiapan awal serta strategi yang diatur dengan Majlis Sukan Negeri Terengganu bersama setiap pengurusan pasukan dan jurulatih sukan masing-masing.

“Kita mengambil langkah awal dengan menyelaras dan memberi
lebih fokus bagi melaksanakan program latihan yang lebih mantap menerusi dua fasa yang sudah digariskan.

“Strategi melalui beberapa fasa latihan untuk memastikan kesinambugan kecemerlangan dalam Sukma melibatkan fasa pertama sedang berjalan mulai Januari hingga November ini, manakala fasa kedua bermula Disember ini hingga Jun depan,” katanya pada di majlis perjumpaan bersama pengurus pasukan dan jurulatih Sukma Ke-14 Pahang 2012, di Dewan Auditorium 1, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, petang ini.

Turut hadir, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Haji Zainal Abidin Hussin dan Timbalannya, Encik Ibni Amin Busu.

Sehingga kini, Sukma edisi ke-14 dijangka mempertandingkan 18 sukan wajib seperti olahraga, menembak, pencak silat, tenpin boling dan skuasy, manakala lima sukan pilihan pula adalah tinju, golf, petanque, bola tampar dan ekuestrian.

Sementara kontinjen Sukma Terengganu dijangka bakal menyertai 24 acara sukan yang menawarkan lebih 100 pingat emas.

YB Haji Rozi berkata, pihaknya tetap yakin acara lain, selain kanu, mendayung dan judo yang menjadi penguasaan Terengganu pada temasya Sukma lalu namun tidak dipertandingkan pada temasya Sukma tahun depan, masih mampu memberi kutipan emas buat kontinjen Terengganu .

“Sebenarnya acara sukan lain, negeri kita masih mempunyai atlet yang bersedia menghadapi saingan untuk mengutip pingat emas, bagaimanapun acara mereka tidak dipertandingkan dalam Sukma baru-baru ini.

“Kita lihat tahun depan kerana acara seperti lumba basikal, olahraga, taekwando, silat dan angkat berat masih mampu menghadiah pingat emas untuk Terengganu,” katanya lagi.

Beliau berkata, kerajaan negeri menerusi MSNT sudah mengenal pasti acara tertentu yang harus diberi penekanan khusus dan lebih agresif bagi mencapai hasrat dan sasaran pingat itu.

Unit Komunikasi Negeri

Lampiran:Tiada rekod
 
Tiada rekod
 
 


 

"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya"


Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169