Carian :
Suhu Kini 28°C
| 23 Nov 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« November 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
     12
3456789
10111213141516
171819202122
23
24252627282930
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > Sukan

PENGUASAAN HARIFF
Kategori:Sukan
 

11 mac 2011-

PELUMBA negara, Mohd Hariff Salleh menguasai perlumbaan peringkat ketiga kejohanan lumba basikal Jelajah Malaysia (JM) 2011 semalam.

Pada saingan yang bermula dari Kluang ke Kuala Rompin sejauh 158.2 kilometer itu, pelumba pasu- kan Terengganu Pro Asia (TSG) tersebut berjaya memenangi empat jersi buat kali pertama dalam sejarah perlumbaan tertua di Malaysia.

Paling manis, Hariff, 23, berjaya merampas gelaran pendahulu keseluruhan (Jersi Kuning) daripada pelumba pasukan Tabriz Petrochemical, Mehdi Sohrabi selain turut mengekalkan Jersi Hijau selaku Raja Pecut, Jersi Biru (Pelumba Terbaik Asia) dan Jersi Putih (Pelumba Terbaik Malaysia).

Satu-satunya gelaran yang dilepaskan oleh Hariff ialah Jersi Merah (Raja Bukit) yang dimena- ngi oleh pelumba Aisan Racing dari Jepun, Kenichi Suzuki.

Meskipun mencipta sejarah baru dalam kariernya, pelumba dari Kuala Terengganu itu bagaimanapun meluahkan rasa terkilannya kerana masih gagal mencapai hajat menjuarai peringkat perlumbaan JM2011 kali ini.

Semalam, Hariff hampir dapat menunaikan hajat tersebut, namun akhirnya terpaksa berpuas hati di tempat kedua selepas tewas kepada pelumba SP Tableware Pro dari Greece, Ionnis Tamouridis dalam persaingan yang sengit ke gari- san penamat.

"Sudah pasti saya puas hati kerana dapat merampas Jersi Kuning daripada tangan Mehdi (Sohrabi) pada perlumbaan hari ini (semalam)," kata Hariff yang mengumpul masa 12 jam 02 minit 25 saat sepan- jang tiga saingan JM 2011.

"Bagaimanapun, saya agak kecewa kerana masih gagal memena- ngi sebarang peringkat perlumbaan edisi kali ini.

"Pada perlumbaan tadi (semalam) saya hampir dapat melakukannya, namun tewas tipis beberapa inci da- ri pelumba Greece ini ketika menuju ke garisan penamat.

"Saya ingat juara peringkat ini sudah menjadi milik saya tetapi entah dari mana dia pula muncul dari belakang dan berjaya memintas saya," ujarnya yang mencatat masa sama, 3'29:54s.

"Saingan hari ini sangat memenatkan kerana saya dan Anuar terpaksa mengejar Mehdi (Sohrabi) yang melakukan breakaway selepas zon pecutan kedua.

"Ketika itu kami ketinggalan lebih satu minit di belakang, namun tetap berjaya mengejarnya, Sebab itu kami agak keletihan pada penghujung perlumbaan.

"Hujan lebat pula menyukarkan lagi penglihatan kami," jelasnya yang turut memenangi zon pecutan pertama di Balai Polis Kahang diikuti Ahmad Fakhrullah Alias dari skuad kebangsaan Malaysia.

Mengenai saingan peringkat keempat hari ini, Hariff berkata: "Saya masih belum puas selagi belum memenangi satu peringkat perlumbaan. Rakan sepasukan sudah banyak membantu tetapi rezeki masih belum memihak kepada kami.

"Jadi saingan esok (hari ini), sudah pasti saya mahu memenanginya selain mengekalkan Jersi Kuning dan Hijau yang saya pegang seka- rang. Saya akan cuba melakukan yang terbaik pada saingan esok (hari ini)."

Peringkat keempat JM2011 hari ini akan bermula dari Kuala Rompin ke Pekan sejauh 89.6 kilometer melibatkan dua zon pecutan sahaja iaitu di Sekolah Kebangsaan Nenasi (zon 1) dan Air Tawar (zon 2).

sumber

kosmo 11 mac 2011

Lampiran:Papar Fail Lampiran(PDF)
 
Tiada rekod
 
 


 

"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya"


Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169