Carian :
Suhu Kini 28°C
| 23 Nov 2024, | |
Bahasa Melayu | English
« November 2024 »
AhIsSeRaKhJuSa
     12
3456789
10111213141516
171819202122
23
24252627282930
       

Tiada Aktiviti Direkodkan


                               
 
Lagu Ulek Mayang berasal dari daerah? :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

LAMAN UTAMA > Sukan

DUA PASUKAN TEMPATAN TAMPIL CEMERLANG
Kategori:Sukan
 

10 mac 2011-

SAINGAN peringkat kedua Kejohanan Lumba Basikal Jelajah Malaysia (JM) 2011 semalam menjadi satu sejarah buat dua pasukan dari Malaysia, LeTua Cycling Team dan Terengganu Cycling Team (TSG) apabila menguasai kedudukan tiga tempat teratas.

Pada perlumbaan dari Bandar Penawar ke Kluang sejauh 204.4 kilometer itu, pelumba LeTua, Vidal Celis Zabala muncul juara setelah melepasi garisan penamat dengan catatan masa 4 jam 53 minit 14 saat manakala tempat kedua dan ketiga menjadi milik pelumba TSG, Anuar Manan dan Mohd. Hariff Salleh yang turut merekodkan masa yang sama.

Strategi Zabala yang melakukan henjutan awal pada 300 meter terakhir ketika menuju ke garisan penamat jelas membawa tuah kepada pelumba dari Sepanyol itu, sekali gus memerangkap ramai pelumba lain yang berada di peloton hadapan termasuk dua pelumba sensasi negara, Anuar dan Hariff.

Meskipun dibayangi pelbagai halangan termasuk keadaan cuaca yang tidak menentu sepanjang perlumbaan, namun Zabala berjaya bertahan dalam kelompok hadapan dan mengekalkan kayuhannya sebelum melakukan pecutan terakhir ke garisan penamat.

"Perlumbaan hari ini (semalam) sangat sukar, jaraknya amat jauh dan memenatkan," kata Zabala di Dataran Tuanku Ibrahim Ismail semalam.

"Cuaca hujan dan panas yang silih berganti di beberapa tempat menyukarkan lagi kayuhan saya dan laluan berbukit juga menambahkan lagi kepenatan.

"Begitupun, saya gagah jua untuk terus bersama pelumba lain di kelompok hadapan. Ketika 300m terakhir, saya membuat keputusan untuk keluar dari kelompok tersebut dan membuat henjutan awal.

"Nampaknya strategi itu berjaya memerangkap pelumba di depan dan ketika mereka sedang mengejar saya, semuanya sudah terlambat kerana saya telah pun melintasi garisan penamat," jelasnya lagi.

Sementara itu, Jersi Kuning bagi pendahulu keseluruhan JM2011 masih lagi menjadi milik pemenang peringkat pertama, Mehdi Sohrabi dari pasukan Tabriz Petrochemical yang mengumpul masa keseluruhan 8'32:38s.

Selain pendahulu keseluruhan, pelumba dari Iran itu juga memenangi Jersi Biru (Pelumba Terbaik Asia).

Pelumba TSG, Mohd. Hariff pula masih kekal menyarung Jersi Hijau sebagai Raja Pecut JM2011 setelah mengumpul 32 mata dan pelumba kelahiran Kuala Terengganu itu turut menjarung Jersi Putih 100PLUS sebagai Pelumba Terbaik Malaysia.

Anuar Manan pula turut memberi saingan dalam perebutan Jersi Hijau apabila mengutip 29 mata setelah menduduki tempat ketiga pada zon pecutan kedua di Kota Tinggi dan Bandar Tenggara.

Perlumbaan semalam juga menyaksikan Daniel Westmahelmann dari pasukan Eddy Merckx - Indeland masih mengekalkan Jersi Merah Raja Bukit dengan mengumpul lima mata.

Status bagi pendahulu pasukan terbaik keseluruhan turut kekal menjadi milik Tabriz Petrochemical dari Iran manakala pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan skuad kebangsaan Malaysia masing-masing menghuni kedudukan ketiga dan keempat.

sumber

kosmo 10 mac 2011

Lampiran:Tiada rekod
 
Tiada rekod
 
 


 

"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya"


Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169Bilangan Pelawat: 0000065169